Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka meninggal dunia dipercayai sesak nafas selepas berenang di pantai Teluk Batik di sini, pada Jumaat.
Miskam Kadar, 66, dari Ipoh, meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.17 malam di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata sepasukan polis yang sedang membuat rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di kawasan pantai peranginan berkenaan dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.05 malam.
"Sebaik tiba, pegawai bersama anggota mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan tenat dan terbaring di pesisiran pantai sebelum pihak hospital dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang sampai kemudiannya memberi bantuan pernafasan.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang sedang mandi-manda di laut bersama beberapa ahli keluarga naik ke daratan selepas mengadu kepenatan sebelum rebah," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Nor Omar berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 03 2020
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang sedang mandi-manda di laut bersama beberapa ahli keluarga naik ke daratan selepas mengadu kepenatan sebelum rebah, - Gambar hiasan
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
Tiada kebenaran rentas daerah, lelaki nekad berenang rentas Selat Pulau Pinang
Lelaki itu bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd.
Ikan emas 'kelainan upaya' dapat jaket keselamatan bantunya berenang
Ikan emas malang ini yang disahkan mengalami gangguan pundi kencing, sekaligus mempengaruhi daya apungannya.
Tenang, jangan panik hadapi dugaan - Azizulhasni
Pemenang pingat gangsa acara keirin di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro itu mengaitkan dengan kehidupan yang diibaratkan sebagai sebuah lautan dunia.
Bot tunda karam: Mangsa berenang tujuh jam, 3 masih hilang
Dia berenang selama lebih tujuh jam untuk sebelum ternampak tongkang yang sebelum itu ditunda oleh bot mereka yang dihanyutkan ombak.
Bot karam: 4 nelayan berenang redah ombak besar lebih 12 jam
Seorang lagi awak-awak, Ashaari Leh, yang berusia 40-an, masih hilang dengan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.
Lelaki maut diserang badak air peliharaan
Els dilapor pernah berkata Humprey ibarat anaknya sendiri.
Lebih 20 murid hampir lemas, bot bawa kanak-kanak sekolah karam
Menurut seorang mangsa, Siti Nurashurah Alin Zurani, dia duduk di bahagian depan bot dan tiba-tiba bot mereka dimasuki air lalu tenggelam.
24 PATI etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan Langkawi
Seramai 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan barat Pulau Langkawi, malam Sabtu.
Warga emas maut selepas berenang di Teluk Batik
Miskam Kadar, 66, dari Ipoh, meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.17 malam di lokasi kejadian.
Lelaki warga Brunei dikhuatiri lemas dalam sungai di Limbang
Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai telah berenang secara bersendirian dari arah tebing bahagian negara Brunei untuk menyeberang ke tebing bahagian Limbang.