Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh van Pos Malaysia Berhad ketika melintas jalan di Jalan Air Putih dekat Kampung Binjai Kemaman, pagi Rabu.
Ketika kejadian, mangsa sedang menghala ke rumah saudaranya di Kampung Batu 4 Binjai selepas menerima rawatan di sebuah klinik swasta.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi di kilometer 6, Jalan Chukai Air Putih di hadapan Masjid Kampung Binjai.
Mangsa, Zaharah Yahya, 72 tahun, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.
Ketika kejadian van Toyota Hiace dipandu Paizam Azmi Mat Yaman dikatakan dalam perjalanan dari mengambil surat di pejabat pos Kampung Air Putih ke bandar Chukai.
Van terbabit dipercayai gagal dikawal selepas mengelak kenderaan di hadapan yang memberi isyarat membelok ke kanan.
Ia kemudianaya merempuh kereta Proton Waja dan Honda CRV terbabit sebelum melanggar mangsa yang melintas jalan.
Jenazah dihantar ke unit forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat .
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Astro Awani
Wed May 15 2019
Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi di kilometer 6, Jalan Chukai Air Putih di hadapan Masjid Kampung Binjai.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV
Dua beranak termasuk seorang wanita warga emas maut selepas tercampak dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Gua Musang.
Pemandu CRV maut tersepit nahas dengan lori
Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia sebelum dihantar oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke hospital.
Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pecah masuk kediaman Datuk Bandar MBPP
Polis tahan empat lelaki termasuk dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Tukang masak ditahan bantu siasatan kes pandu melulu
Seorang tukang masak ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes memandu secara melulu dan berbahaya.
Warga emas maut dirempuh van Pos Malaysia
Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh van Pos Malaysia Berhad ketika melintas jalan di Jalan Air Putih dekat Kampung Binjai Kemaman, pagi Rabu.
Honda Malaysia tingkatkan kapasiti pengeluaran
Honda turut melabur RM1billion untuk mencapai sasaran jualan 100,000 unit kenderaan menjelang 2016.