Seorang warga emas maut apabila sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai mabuk terbabas dan merempuh kediamannya malam tadi.
Dalam kejadian 10.45 malam di Jalan Sungai Dua, Permatang Pasir di sini, mangsa Mat Rasid Mat Shariff, 67, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Menurut kakak mangsa, Kamariah Md Shariff, 68, kejadian berlaku ketika adiknya yang tinggal seorang diri baharu selesai menunaikan solat dan sedang berbaring di atas sofa ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum pacuan empat roda itu merempuh masuk.
Menurut Kamariah lagi, adik lelakinya itu bekerja sebagai pembuat rumah tidak pernah berkahwin serta tinggal berseorangan.
Kenderaan yang dipercayai dipandu laju itu dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum terbabas dan merempuh rumah mangsa.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Suzuki Vitara itu bagaimanapun terselamat dalam kejadian tersebut dan hanya mengalami kecederaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid yang mengesahkan kejadian memaklumkan kemalangan itu kini disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Wed Oct 05 2016
Menurut kakak mangsa kejadian berlaku ketika adiknya baharu selesai menunaikan solat dan sedang berbaring di atas sofa ruang tamu sambil menonton televisyen. - Foto Astro AWANI
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas rempuh kediaman
Mangsa Mat Rasid Mat Shariff, 67, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.