PUTRAJAYA: Seorang warga emas terpaksa meringkuk di dalam penjara selama setahun kerana melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap cucu jirannya yang berusia lima tahun, empat tahun lepas.
Ini susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk M.Gunalan dan Datuk S.M. Komathy Suppiah hari ini yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula keputusan Mahkamah Sesyen Kangar yang mendapati Harun Dahman bersalah atas perbuatan itu.
Bekas penoreh getah berusia 78 tahun itu juga dikenakan satu sebatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan dari penjara.
Mahkamah memerintahkan Harun memulakan hukumannya hari ini.
Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Vazeer berkata rayuan pihak pendakwaan mempunyai merit.
Mahkamah yang mengembalikan semula keputusan Mahkamah Sesyen Kangar, mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kangar yang melepas dan membebaskan Harun daripada kesalahan itu.
Vazeer berkata hakim Mahkamah Tinggi gagal menggunakan prinsip yang betul apabila membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen.
"Kami berpandangan hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila mengganggu keputusan dan penemuan fakta yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen yang telah mendengar keterangan yang diberikan oleh saksi, khususnya mangsa dan perayu (Harun)," kata hakim itu sambil menambah bahawa keputusan dan penemuan fakta Mahkamah Sesyen tidak salah.
Mengikut pertuduhan, Harun telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan itu, yang berusia lima tahun ketika itu, di sebuah rumah dalam daerah Arau, Perlis, pada 6.30 petang pada 15 Feb 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pada 6 Nov 2020, Hakim Mahkamah Sesyen mendapati Harun bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara setahun serta satu sebatan dan memerintahkan lelaki itu diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman penjara.
Harun kemudiannya merayu ke Mahkamah Tinggi dan pada 17 Feb tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan membebaskannya.
Pihak pendakwaan kemudian merayu kepada Mahkamah Rayuan.
Mengikut fakta kes, seorang jiran melihat Harun masuk ke dalam rumahnya diikuti kanak-kanak perempuan itu sebelum warga emas itu menutup pintu rumah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi manakala peguam Norharniza Rusli mewakili Harun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Bekas penoreh getah berusia 78 tahun itu juga dikenakan satu sebatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan dari penjara. - Gambar fail/Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Warga emas dipenjara enam tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.

OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.