TUARAN: Kehilangan seorang warga emas sejak Sabtu lalu terjawab apabila dia ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Kampung Lakang, di sini, pada Ahad.
Mayat lelaki berusia 62 tahun itu ditemui oleh pemilik kenderaan terbabit selepas terhidu bau busuk pada jam 6.42 petang sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, selepas menerima makluman berhubung penemuan mayat itu, sepasukan anggota ke lokasi kejadian.
"Siasatan lanjut mendapati pemanggil adalah pemilik kenderaan yang menemui mayat berkenaan selepas terhidu bau busuk dari arah keretanya.
"Setelah menghampiri kereta dan membukanya, terdapat seorang lelaki lengkap berpakaian terbaring dan dipercayai sudah meninggal dunia," katanya ketika pada Isnin.
Menurutnya, semakan lanjut dan pengecaman mendapati mangsa adalah lelaki dilaporkan hilang oleh isterinya sebelum ini.
"Mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Tambalugu, kira-kira jam 4 pagi Sabtu dan mangsa yang mempunyai penyakit demensia sering hilang ingatan serta masuk ke dalam kenderaan orang lain.
"Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada unsur jenayah ditemui berhampiran mayat mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Hamizi meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh memaklumkannya kepada pihak polis di talian 088-791933, 088-791966 dan 088-791977.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Feb 28 2022

Pasukan polis menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kereta di Kampung Lakang, Tuaran susulan mayat seorang lelaki ditemui di dalamnya, pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.

Bau busuk ratusan ribu bangkai ikan ganggu penduduk Greece
Sebuah jengkaut dikerahkan ke tebing sungai untuk membersihkan kesemua bangkai ikan tersebut.

Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.

Disangka bau bangkai tikus, rupanya mayat
Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk di Taman Permint Perdana, Seberang Takir akhirnya terjawab selepas penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring.

Penduduk trauma hidu bau busuk pencemaran kimia
Penduduk Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini masih trauma dengan bau kuat dipercayai pencemaran bahan kimia sejak dua hari lalu.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Lima tahun hidu bau busuk air kumbahan
Ia berlaku disebabkan sistem kumbahan di taman perumahan berhampiran yang tidak diselenggarakan dengan sistematik selain loji kumbahan yang didapati tidak berfungsi.

Misteri bau busuk bongkar kematian warga emas
Identiti mayat lelaki berusia 67 tahun itu dikenal pasti sebagai Md Nor Dahalan.

15 tahun hidu bau busuk, penduduk 'terpenjara' di rumah sendiri
Penduduk di kawasan terjejas berang dengan kelewatan pihak berwajib bertindak walaupun selepas diajukan aduan berkali-kali.

Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.