Warga emas yang mengalami kecacatan akibat proses penuaan atau pembedahan dan tidak berkemampuan menyara hidup dinasihatkan tampil berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan kad orang kurang upaya (OKU).
Anggota Majlis Kebangsaan bagi OKU, Senator K. Bathmavathi berkata dengan adanya kad OKU, mereka layak untuk menikmati pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan termasuklah dalam bentuk elaun, bantuan am dan potongan harga bagi perkhidmatan pengangkutan awam.
"Pada masa ini kesedaran mengenai perkara ini masih kurang dalam kalangan masyarakat (warga emas) di negara ini terutama mereka yang berada di kawasan kampung atau pedalaman kerana masih ramai mempunyai persepsi bahawa kecacatan akibat proses penuaan atau pembedahan bukan dikira sebagai OKU," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya antara golongan warga emas yang layak mendapatkan kad OKU adalah mereka yang mempunyai masalah tidak boleh berjalan atau menggerakkan tangan secara kekal selepas melakukan pembedahan, kehilangan anggota tangan atau kaki akibat diabetis, buta disebabkan penyakit glaukoma, lumpuh anggota badan akibat strok, alzheimer (nyanyuk) dan parkinson.
"Sebelum mendaftar dengan JKM bagi mendapatkan kad OKU, mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta yang mengesahkan bahawa mereka mempunyai masalah kurang upaya," katanya.
Bathmavathi yang juga Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia berkata golongan warga emas OKU ini layak untuk menerima semua kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada golongan itu.
"Mereka layak menerima kemudahan seperti potongan harga tiket bagi tambang pengangkutan awam dan menerima elaun bulanan seperti Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM350 dan bantuan am sebanyak RM250 bagi OKU tidak bekerja," katanya.
Katanya, wakil rakyat di sesebuah kawasan kampung dan pedalaman berperanan bagi mengenal pasti warga emas yang mengalami kekurangan upaya untuk berdaftar dan mendapatkan kad OKU, seterusnya menerima bantuan yang disediakan JKM.
"Doktor yang bertugas di kawasan itu juga perlu prihatin untuk menghebahkan kepada golongan ini bahawa mereka layak untuk menerima bantuan seperti itu.
"Kita tidak boleh mengabaikan golongan ini kerana mereka juga sebahagian daripada masyarakat dan pada suatu masa mereka juga turut menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan negara," katanya.
Bernama
Mon Jul 04 2016

Warga emas yang mengalami kecacatan dan tidak berkemampuan menyara hidup dinasihatkan tampil berdaftar dengan JKM bagi mendapatkan kad OKU. - Foto BERNAMA

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.

8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.

JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.

Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.

268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.

Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.

Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.

COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.