SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes mengaibkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, menerusi satu video jelik berdurasi 9.19 minit yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Lenggeng, Negeri Sembilan pada pukul 3.57 pagi tadi susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang individu.
"Turut dirampas sebuah telefon bimbit milik suspek bagi tujuan siasatan...semakan rekod jenayah lampau turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah yang masih disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Permohonan reman telah dipohon di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Sungai Petani dan dibenarkan reman sehingga pukul 5 petang hari ini, suspek akan diberi jaminan polis selepas keterangan diambil," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Katanya, video terbabit dimuat naik pemilik akaun yang dikenali sebagai 'Kamal Hero Malaya' yang kandungan video terbabit dipercayai bertujuan menghina, menjatuhkan maruah serta mencemarkan reputasi Menteri Besar Kedah, selain bermotifkan politik.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia..kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Menurut Adzli bagi kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, suspek boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil boleh dikenakan denda tidak lebih RM100, manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
"Justeru saya memohon agar masyarakat tidak memuat naik perkara jelik yang boleh mengaibkan mana-mana individu sehingga boleh membangkitkan pecah keamanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Lenggeng, Negeri Sembilan pada pukul 3.57 pagi tadi susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang individu. - Gambar fail/BERNAMA
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Mohd Rabin dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pasca UK Memilih: Scotland akui keputusan pilihanraya sukar buat Parti SNP
Menteri Pertama Scotland John Swinney mengakui keputusan pilihan raya umum UK pada Jumaat adalah sangat mencabar bagi Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah kerana kehilangan puluhan kerusi.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.
Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.
Usia 60 tahun bukan penghalang Nordin terus 'terbang' di awan biru
Menginjak usia emas tidak menghalang pramugara ini meneruskan karier yang menuntut kekuatan mental serta fizikal dan terus 'terbang' megah di awan biru.
Warga emas rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa, 66 tahun, dilaporkan telah tertarik dengan satu iklan pelaburan saham melalui laman sosial atas nama Pimco Malaysia Station W68.
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
Bomba selamatkan warga emas pengsan di puncak Bukit Batu Putih
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.13 petang.
Negara menua: Perlu PPR mesra warga berusia - Pakar
Kebanyakan PPR yang dibina lebih lima dekad lalu, adalah kurang sesuai untuk dihuni terutamanya warga emas.
Ibu warga emas dipercayai dibunuh, anak OKU mental
Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bahau, dekat sini hari ini.
Lelaki warga emas ditemukan lemas di tasik
Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini.