SHAH ALAM: Seorang pekerja bengkel warga asing maut dalam satu kebakaran di sebuah bangunan bengkel kereta di sekitar Seksyen 16, di sini, awal pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan kebakaran yang disedari berlaku di sebuah bengkel kereta pada 5.56 pagi.
Beliau berkata, bangunan bengkel tersebut merupakan bangunan dua tingkat dan mangsa seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja bengkel tersebut yang tidak dapat menyelamatkan diri dijumpai di tangga bangunan berkenaan.
"Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua belah kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bangunan tersebut telah musnah sepenuhnya akibat kebakaran dan siasatan masih dijalankan berhubung punca kejadian - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah bengkel kereta di Seksyen 16, Shah Alam pada Khamis. - Gambar SINAR HARIAN

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

3 lelaki ditahan polis bantu siasatan kes kematian warga asing
Ketiga-tiga lelaki iaitu majikan dan rakan sekerja mangsa ditahan di dua lokasi iaitu Butterworth dan Permatang Pauh.

Warga asing maut kebakaran bengkel kereta
Mangsa seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja bengkel tidak dapat menyelamatkan diri dijumpai di tangga bangunan berkenaan.

Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan
Seorang lelaki warga asing terbunuh dipercayai selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan tujuh lagi warga asing termasuk dua wanita, di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak.

Tiga warga asing maut, empat cedera parah kereta bertembung
Sebuah kereta Toyota Unser dan sebuah Honda HRV bertembung, mengakibatkan tujuh mangsa tersepit.