SEPANG: Seorang warga Amerika Syarikat yang dikesan memiliki tiga butir peluru tanpa lesen atau permit sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mei lepas didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini.
Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan membuat keputusan itu selepas David Allen Trail, 47, yang merupakan pekerja industri pengilangan sintetik seperti plastik dan gam, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dan diperintah menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA pada kira-kira 10.40 malam 19 Mei, mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Trail ketika mahu pulang ke negara asalnya didapati memiliki dua butir peluru jenis 7.62x39 milimeter (mm) Tulammor dan sebutir peluru jenis 7.62x39 mm Wolf buatan Rusia tanpa lesen atau permit yang sah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi yang memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap Trail sebagai pengajaran.
Peguam S. Vivek yang mewakili Trail dalam rayuannya berkata anak guamnya telah berada di Malaysia sejak lima minggu lepas bagi tujuan urusan kerja mewakili majikannya di AS selain menyumbang kepada pengeluaran teknologi baharu dalam industri pengilangan sintetik.
Menurut Vivek adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi Trail memiliki peluru di negara asalnya serta beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk melakukan aktiviti pengedaran atau pembuatan peluru di Malaysia selain anak guamnya tiada rekod jenayah lampau di negara ini atau di AS.
Trail kemudian membayar denda tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023

Mahkamah membuat keputusan itu selepas David Allen Trail, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki warga AS didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di Langkawi
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Lelaki Amerika Syarikat ditahan di KLIA miliki tiga kelopak peluru
Polis mengesahkan menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.

Warga Amerika Syarikat didenda RM4,000 miliki peluru
Seorang warga Amerika Syarikat yang dikesan memiliki tiga butir peluru tanpa lesen atau permit sah di KLIA didenda RM4,000.

Seludup dadah: Polis Kemboja tahan seorang warga AS, rakyat tempatan
Lelaki asing berusia 33 tahun dan rakyat tempatan 29 tahun itu ditahan di dua lokasi di Phnom Penh.

Warga Amerika Syarikat diarah tinggalkan Iraq serta-merta
Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat mengarahkan kesemua warga negara itu agar meninggalkan Iraq serta merta.

Wanita maut ditekup muka, dipercayai dibunuh suami
Saksi yang juga adik mangsa mendakwa berlaku pertengkaran antara kakaknya dan suaminya pada awal pagi sebelum terdengar jeritan mangsa.