Pertengkaran di antara sepasang suami isteri warga Amerika Syarikat berakhir dengan tragedi apabila si isteri maut dipercayai dibunuh suaminya pada awal pagi Selasa.
Kejadian berlaku di rumah keluarga mangsa di Island Glades, Jelutong, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa Chin Geok Heong, 60, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 4.20 pagi.
"Berikutan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 62 tahun dan merupakan seorang pesara di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Selasa petang bagi membantu siasatan," katanya.
Menurut Che Zaimani, mangsa dan suaminya dilahirkan di Malaysia namun telah mendapat kerakyatan Amerika Syarikat.
Pasangan itu dikatakan pulang ke Pulau Pinang pada 19 Januari lalu untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga dan dijadualkan pulang ke Amerika Syarikat pada Rabu (hari ini).
Mengulas lanjut, Che Zaimani berkata sebelum kejadian, saksi yang juga adik mangsa mendakwa berlaku pertengkaran antara kakaknya dan suaminya pada awal pagi sebelum terdengar jeritan mangsa.
Mangsa kemudiannya ditemui tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke HPP di mana doktor mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
"Bedah siasat oleh doktor mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan serangan jantung," katanya.
Siasatan awal polis mendapati suami mangsa dipercayai telah menekup muka si mati dengan kedua-dua tapak tangan sehingga menyebabkan mangsa lemas dan meninggal dunia.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas suspek juga mendapati terdapat kesan cakar pada kedua belah tangan lelaki itu.
Namun, suspek mendakwa kecederaan tersebut adalah kerana mengangkat besi dan menumbuk punching bag di gim.
Suspek kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Mar 19 2019

Siasatan awal polis mendapati suami mangsa dipercayai telah menekup muka mangsa dengan kedua-dua tapak tangan sehingga menyebabkan mangsa lemas dan meninggal dunia. - Foto PDRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jangan potong gelang merah jambu sesuka hati, polis kenakan tindakan tegas
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah, SAC Che Zaimani Che Awang berkata, jika tertangkap, individu terbabit akan dikenakan tindakan keras dan diheret ke mahkamah.

Pemandu Axia rempuh pekerja pembersihan berjaya dikesan, kini berada di wad
Polis mengesahkan wanita yang memandu kereta perodua Axia itu telah dikenal pasti sebagai warganegara Vietnam.

Berang wang pelaburan tidak dikembalikan, tiga warga China sudahnya tinggalkan 'bom'
Suspek berang apabila mangsa dan bapanya dikatakan telah menipu wang pelaburan bertindak memecah masuk rumah dan mengacukan sebilah pisau ke arah perut mangsa.

Lelaki parah, patah tulang muka, alami pendarahan otak, dipercayai akibat dipukul
Pemeriksaan mendapati suspek berusia 23 dan 25 tahun yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek tikam kawan tuntut hutang ditahan polis
Lelaki berusia 35 tahun itu diberkas polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Bayan Lepas jam 3.45 pagi ini, hasil risikan dan maklumat Pasukan Siasatan Jenayah Berat (D9).

Akibat cemburu, lelaki tikam teman lelaki bekas kekasih hingga parah
Dalam kejadian itu juga, suspek turut menikam pemilik pusat hiburan berkenaan berusia 46 tahun di bahagian tangan menyebabkan isi tangan mangsa terkeluar.

Mangsa letupan gas di pangsapuri Jalan Paya Terubong meninggal dunia
Mangsa letupan gas ditingkat 20 Pangsapuri Green Garden, Jalan Paya Terubong, George Town dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Dinding rumah runtuh akibat letupan, wanita warga emas cedera
Dalam kejadian jam 8.16 pagi itu, wanita berusia lingkungan 50-an berkenaan mengalami kecederaan 15 peratus pada anggota badannya selepas terkena runtuhan dinding di dalam biliknya.

Dentuman kuat sebelum tembok penahan runtuh - Saksi tanah runtuh Tanjung Bungah
Seorang tukang kebun mendakwa mendengar satu dentuman kuat sebelum melihat sebuah tembok penahan di lereng bukit berdekatan sebuah pusat peranginan di Tanjung Bungah runtuh malam tadi.

Tanah runtuh: Tiga mayat ditemui, usaha keluarkan mayat giat dilakukan
Menurut Che Zaimani, mayat pertama ditemui pada jam 11.15 malam, disusuli mayat kedua pada jam 11.49 malam dan ketiga pada jam 12.17 tengah malam.