SETIU: Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang jurujual selepas gagal hadir bagi sebutan pertama kes pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi berbentuk lucah.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Siti Hajar Sulaiman berkata perintah waran tangkap terhadap Muhammad Iqyyum Basri, 25, itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Fadhli Mahmud.
Siti Hajar berkata Muhammad Iqyyum yang beralamat di Negeri Sembilan gagal dihubungi pihaknya untuk hadir ke mahkamah bagi tujuan pendengaran kes tersebut walaupun surat saman telah dikeluarkan pada 18 Mei lepas.
"Sebelum ini dia dapat dihubungi oleh Pegawai Penyiasat dan ada beri komitmen untuk hadir hari ini. Bagaimanapun, sejak semalam hingga pagi ini, dia gagal dihubungi.
"Jadi, kami minta mahkamah untuk keluarkan waran tangkap ke atasnya yang ketika ini bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya," katanya.
Menurut pertuduhan, Muhammad Iqyyum pada 8 Mac tahun lepas, kira-kira 8.24 malam telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepada mangsa seorang wanita yang berasal dari sini dengan niat untuk menyakitkan hati.
Bagi perbuatan itu, Muhammad Iqyyum didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Hakim Ahmad Fadhli menetapkan sebutan semula kes pada 26 Julai depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Perintah waran tangkap terhadap Muhammad Iqyyum Basri itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Fadhli Mahmud. - Gambar fail
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan pilihan salah guna wang RM1.06 juta
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.
Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.
Dua lagi ahli GISB dituduh di mahkamah esok - KPN
Dua ahli GISB Holdings akan dituduh di dua mahkamah berbeza di Klang pada Rabu.
Hanya satu pertuduhan terhadap CEO, 21 ahli GISB setakat ini - Peguam
Hanya satu pertuduhan sahaja yang dikenakan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif GISB, Datuk Nasiruddin Mohd Ali termasuk 21 lagi ahli di Mahkamah Sesyen Selayang.
Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
Anggota polis didakwa minta suapan lindungi kekasih berduaan dalam kereta
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta rasuah RM3,000 daripada sepasang kekasih sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan lanjut.