Seorang wanita berbangsa Rohingya ditemukan maut dengan tiga kesan luka di badan dipercayai akibat ditikam suaminya dalam satu kejadian di Kampung Gong Baru di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Azmir Damiri berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Nor Begun Dil Mohammad, 28, maut di tempat kejadian selepas luka parah akibat tikaman.
"Hasil siasatan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini semalam.
Mohd Azmir berkata suspek yang berusia 32 tahun ditahan di Kota Bharu pada 3 petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau tidak menolak bahawa kes itu bermotifkan cemburu kerana pasangan tersebut dikatakan sering bergaduh namun pihaknya akan melakukan siasatan terperinci.
Sementara itu, jiran mangsa, Mohd Syeed Azmi Moktul Hossain, 42, berkata beliau yang sedang bekerja sebagai tukang rumah di Bukit Keluang, Terengganu bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi isterinya, Maimunah Chik, 47, yang menemukan mayat mangsa di tempat kejadian.
"Suspek bekerja dengan saya sebagai tukang rumah dan sebaik sampai ke rumah, saya melihat mangsa sudah terbaring di hadapan rumah saya," katanya.
Mangsa, yang mempunyai dua anak lelaki masing-masing berumur 3 dan 4 tahun, dikenalinya sebagai seorang isteri yang baik hati dan berpindah ke tempat itu sejak dua bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020

Dalam kejadian pada kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas luka parah akibat tikaman. - Gambar hiasan

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.

Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.

Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.

Kes dadah: 'Dah terlalu penat' - Isteri Along Cham anggap ujian terbesar
Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menganggap apa yang berlaku kepada suaminya kini merupakan satu ujian sangat besar daripada Allah.

Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.

Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.

Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran
Pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.