KUALA LUMPUR: Ibu tunggal Loh Siew Hong hari ini memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas suaminya Muhammad Nagahswaran Muniandy yang sebelum ini didakwa melarikan dan menukar agama ketiga-tiga anak mereka kepada Islam.
Hakim Evrol Mariette Peters memberikan kebenaran itu selepas mendengar permohonan ex-parte (sebelah pihak) dikemukakan peguam Gunamalar Joorindanjn, yang mewakili Loh selaku pempetisyen.
Terdahulu, Gunamalar berhujah bahawa Muhammad Nagahswaran selaku responden melanggar perintah mahkamah apabila melarikan tiga anak mereka iaitu pasangan kembar perempuan berusia 14 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
"Responden dari awal lagi mengetahui pempetisyen diberikan hak jagaan, pemeliharaan dan kawalan tunggal ke atas ketiga-tiga anak mereka, namun mereka (anak-anak pasangan itu) diambil daripada ibu mereka tanpa kebenaran pempetisyen. Ini menunjukkan responden tidak menghormati perintah mahkamah ini," kata Gunamalar yang turut dibantu peguam Tony Thian Yee Chin.
Menurut Gunamalar, permohonan itu hanya difailkan pada 4 Julai lepas kerana keberadaan kanak-kanak itu sebelum ini tidak diketahui.
Pada 15 Jun lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mendapatkan kebenaran menukar perintah hak penjagaan tiga anak yang diperoleh Loh.
Hakim Peters membuat keputusan tersebut selepas mendapati MAIPs gagal menunjukkan bahawa mereka adalah pihak berkepentingan dalam hidup kanak-kanak itu dan memerintahkan MAIPs agar membayar kos RM8,000 kepada Loh.
Beliau berkata MAIPs juga gagal mendapatkan pandangan bekas suami Loh berhubung permohonan difailkan pada 7 Mac lepas untuk mencelah dalam petisyen perceraian pasangan itu bagi membolehkan ia memiliki locus standi bagi memohon kebenaran menukar perintah hak penjagaan diperoleh wanita tersebut.
Dalam petisyen perceraian itu, Loh, 34, diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal bagi ketiga-tiga anaknya.
Sementara itu, Gunamalar memberitahu pemberita, rayuan MAIPs berhubung keputusan mahkamah yang menolak permohonan badan itu untuk menjadi pencelah dalam petisyen perceraian Loh dan bekas suaminya akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 7 Feb 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022

Kebenaran diberikan kepada Loh selepas mahkamah mendengar permohonan ex-parte (sebelah pihak) dikemukakan peguam Gunamalar Joorindanjn, yang mewakili Loh selaku pempetisyen. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.

Prosiding komital terhadap Isham Jalil didengar 4 Mac
Mahkamah mengarahkan pendakwa raya memfailkan hujahan pada atau sebelum 29 Februari ini.

Bekas Pengarah AIAC gagal dapat kebenaran mula prosiding hina mahkamah
Sundra Rajoo failkan permohonan ex parte pada 9 September tahun ini, memohon kebenaran untuk memulakan prosiding menghina terhadap Thomas.

Wanita peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap bekas suami
Loh Siew Hong memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas suaminya Muhammad Nagahswaran Muniandy.

Bekas isteri SM Faisal gagal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
Emilia Hanafi gagal memperoleh kebenaran bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memulakan prosiding komital terhadapnya.

Rayuan bapa Muhammad Adib berhubung prosiding komital terhadap Tommy Thomas didengar 28 Mei
Dalam permohonan itu, Mohd Kassim, 67, mendakwa Thomas telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April 2019 berhubung punca kematian anaknya.

Prosiding komital terhadap Lokman Noor Adam didengar 18 Mac
Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair berkata prosiding komital itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.