KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil kerana menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil sebagai responden.
"Mahkamah membenarkan permohonan Peguam Negara dan menetapkan 23 April untuk pengurusan kes," katanya.
Terdahulu, Mohamad Mustaffa berhujah kata-kata yang diucapkan oleh responden semasa temu bual pada September lepas, secara keseluruhannya mengandungi risiko sebenar yang akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan.
"Dengan mempersoalkan tindakan dan keputusan Mahkamah Persekutuan serta Mahkamah Tinggi berhubung kes SRC dan 1MDB melibatkan Najib, responden telah mengaibkan badan kehakiman dan mendedahkannya kepada skandal (skandal kehakiman)," katanya.
Sementara itu, peguam Azhar Azizan dalam hujah balasnya berkata anak guamnya berhak mendapat kebebasan bersuara dan sama ada komennya dianggap menghina boleh dipertikaikan kerana Isham tidak melakukan apa-apa penghinaan di dalam mahkamah.
Mohamad Mustaffa dalam hujahannya berkata kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang diberikan kepada semua orang tetapi komen itu perlu diamalkan dengan "adab yang munasabah dan berniat baik".
Dalam permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 28 Dis tahun lepas, Peguam Negara turut memohon agar mahkamah memenjara atau mengenakan hukuman denda terhadap Isham.
Permohonan itu difailkan atas alasan Isham telah mempersoal proses perbicaraan dan rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan 1MDB dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?.
Temu bual itu disiarkan di laman Facebook "The Malaya Post" pada 30 Sept tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Dalam permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 28 Dis tahun lepas, Peguam Negara turut memohon agar mahkamah memenjara atau mengenakan hukuman denda terhadap Isham (foto). - Gambar fail/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Rayuan AG untuk ketepikan kebenaran Rosli Dahlan mulakan semakan kehakiman ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang beri kebenaran kepada peguam Rosli Dahlan untuk memulakan semakan kehakiman terhadap PDRM, Imigresen dan kerajaan.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.

Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.

Laporan interim pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dibentangkan 2025
Laporan interim berhubung dapatan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan pada 2025.