JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pembesaran payudara dipercayai dilakukan pakar kecantikan tidak bertauliah di sebuah rumah di Skudai.
Difahamkan mangsa berusia 29 tahun dikenali sebagai Chen, meninggal dunia pada 2 Ogos.
Memetik laporan akhbar berbahasa Cina tempatan, suami mangsa dikenali sebagai Wong berusia 32 tahun berkata, mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada pembedahan pembesaran payudara asid hyaluronik.
Difahamkan, pada mulanya mangsa merancang untuk menjalani pembedahan 'menarik benang' muka mikro untuk menjadikan kulitnya lebih tegang.
Namun 'pakar kecantikan' itu memujuk isterinya untuk menjalani pembedahan pembesaran payudara.
Wong mendakwa selepas melakukan pembedahan itu, isterinya mengalami sakit dada. Ketika isterinya cuba membayar perkhidmatan itu, jurusolek itu dilaporkan enggan menerima bayaran tersebut.
"Keesokan harinya (30 Julai), isteri saya masih sangat tidak sihat. Ditemani seorang rakan, dia pergi ke klinik berhampiran untuk konsultasi pada waktu tengah hari. Selepas berunding, doktor membuat kesimpulan bahawa ia disebabkan oleh ubat bius yang berlebihan.
"Sekitar jam 7 malam, keadaannya tidak pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa. Dia segera ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
"Isteri kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi 2 Ogos selepas tidak boleh berjalan lagi. Dia meninggal pada jam 7 pagi," katanya.
Upacara pengebumian dan pembakaran mayat dilakukan kelmarin, di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan kejadian itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 08 2023
Difahamkan mangsa berusia 29 tahun dikenali sebagai Chen, meninggal dunia pada 2 Ogos. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Wanita maut selepas pembedahan besarkan payudara di Johor
Seorang suri rumah meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pembesaran payudara dipercayai dilakukan pakar kecantikan tidak bertauliah di sebuah rumah di Skudai.