KOTA KINABALU: Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di kawasan berhampiran Lintas Square di Jalan Lintas di sini pada petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan maut di lokasi selepas tersepit dalam kenderaannya yang terperosok di bawah lori.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.08 petang.
Katanya, seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
"Menurut maklumat kemalangan melibatkan tujuh kenderaan iaitu jenis Perodua Bezza, Perodua Myvi, Toyota Vios, Proton Saga, Proton Iriz dan dua lori.
"Terdapat seorang mangsa wanita tersepit dalam kenderaan Perodua Bezza dan pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan pada jam 7.56 malam," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 23 2023

Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok di bawah sebuah lori dalam kejadian kemalangan berhampiran Lintas Square di Jalan Lintas, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.

Pekerja kilang maut, lima cedera dalam nahas
Seorang pekerja kilang maut selepas SUV dipandunya dilanggar sebuah kereta di Jalan Permas, Tanjung Bin dekat Pontian malam tadi.

Wanita maut nahas babit tujuh kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa maut di lokasi selepas tersepit dalam kenderaannya yang terperosok di bawah lori.

Lelaki tersepit dalam kemalangan libatkan bas, 12 kereta di lebuh raya PLUS
Pemandu bas ekspres berkenaan gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh kereta yang berada di hadapan laluannya.

Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan treler
Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 1.27 pagi itu, mangsa tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi dipandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler dilaporkan selamat.

Pemandu maut, kemalangan kereta, lori tangki di Pantai Remis
Lelaki berusia 48 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori tangki mengalami kecederaan.

Dua beranak parah, kereta bertembung lori 12 tan di Kota Marudu
Dua beranak parah selepas kenderaan jenis Toyota Avanza yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori 12 tan di Jalan Kasagaan Pitas, Kota Marudu pada Jumaat.

Tiga maut, lori simen jatuh gaung di Kapit
Tiga lelaki warga tempatan maut selepas sebuah lori simen yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung di sini pada pagi Isnin.

Ambulans swasta terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan, jururawat cedera
Dalam kemalangan itu, mangsa telah tersepit manakala pemandu ambulans berjaya menyelamatkan diri.

Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut
Kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.