Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Md Fuad Selamat berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Jalan Hang Tuah dilejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi.
"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa wanita disyaki warga asing telah terjatuh di atas bumbung pusat beli-belah berkenaan.
"Mangsa berjaya dibawa turun pada jam 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan berkenaan serta teknik sistem lowering," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan punca kejadian dalam siasatan polis.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya. - Sinar Harian