BATU PAHAT: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat kemalangan melibatkan lima kenderaan dalam kejadian di Kilometer 129, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, dekat sini pada Rabu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 5.57 petang.
Susulan itu seramai 13 anggota BBP Yong Peng dan BBP Pagoh dikejarkan ke tempat kejadian dibantu masing-masing sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan jentera Fire Rescue Tender (FRT).
"Kemalangan melibatkan lori kontena Volvo, treler Volvo, kereta Proton Saga, kereta Toyota Vios dan kereta Nissan Almera.
"Mangsa wanita iaitu penumpang dalam Proton Saga, Ang Zi Yan, 28, tersepit manakala pemandunya yang merupakan lelaki dewasa cedera," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu lori kontena Volvo, Muhamad Azrul Khamis, 40, turut cedera.
Menurut beliau, dua mangsa yang cedera itu diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan ke hospital berhampiran.
"Sementara mangsa dalam Nisaan Almera, Noor Sulina Mohamadaril, 28, pemandu treler Volvo yang merupakan lelaki dewasa tetapi tidak diketahui identiti dan pemandu Toyota Vios, Mohd Faizul Mohd Salleh, 42, semuanya selamat," katanya.
Tambah beliau, operasi berkenaan tamat pasa jam 8.10 malam. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 27 2022

Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 129, Lebuhraya Utara-Selatan, Yong Peng, Batu Pahat pada Rabu. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

17 lokasi AwAS 'temani' pengguna PLUS sepanjang Aidilfitri
DOSM turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan cermat kerana kamera AwAS sentiasa beroperasi.

Pegawai JKR terlibat kemalangan bas terbalik di Rembau selamat - Nanta
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan rasa dukacita dan berharap semua yang terlibat dipermudahkan urusan.

Lori sedang ditunda terbalik di Pendang, lorong PLUS arah selatan terhalang
Kemalangan dipercayai berlaku semasa trak tunda sedang menunda lori berkenaan dari Changlun menghala ke Selayang, Selangor.

Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart lane' dibuka kurangkan kesesakan
Setakat 10.30 pagi, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya PLUS E2 menghala selatan, PLUS E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Treler minyak sawit terbabit kemalangan di Bidor
Tiada mangsa mengalami kecederaan, tetapi treler yang membawa kira-kira 45 tan metrik minyak sawit mengalami kebocoran setelah dilanggar sebuah lori lain.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Siasatan terperinci, audit keselamatan terhadap syarikat kenderaan terlibat - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci terhadap syarikat kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Melaka semalam.

Tayar lori tercabut punca nahas di Ayer Keroh
Tayar hadapan sebelah kanan lori jenis Foton itu dipercayai telah tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya.

Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.

Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.