KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengalami kecederaan dipercayai diserang seekor anjing milik jirannya ketika cuba menghalang haiwan itu daripada menyerang anak-anaknya di parkir sebuah kondominium di Batu 9, Cheras, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian 5.43 petang itu, wanita berusia 35 tahun itu diserang anjing jenis Labrador dan menerima rawatan di Hospital Kajang, selain menjalani rawatan susulan di Animal Bite Clinic, Hospital Serdang, di sini, memandangkan beliau sedang hamil .
"Siasatan mendapati anjing peliharaan itu adalah milik seorang wanita tempatan berusia 38 tahun yang merupakan jiran di kawasan yang sama dan tidak mempunyai lesen yang sah untuk memelihara anjing itu.
"Kejadian berkenaan berpunca daripada pemilik anjing yang telah cuai dan terlepas tali pengikat anjing menyebabkan haiwan itu bertindak di luar kawalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda RM 2,000 atau kedua-duanya.
Mohd Zaid menyeru orang ramai yang ingin memelihara anjing di mana-mana premis termasuk rumah persendirian, supaya mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan serta memastikan haiwan peliharaan mereka dikawal rapi bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis atau terus menghubungi pegawai penyiasat kes Sjn Muhammad Fadeli Safii di talian 012-5373134.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Menurut polis, wanita berusia 35 tahun itu diserang anjing jenis Labrador. - Gambar hiasan

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

JKNS, orang awam selamatkan wanita hamil semasa kejadian tanah runtuh di Tambunan
Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan jalan utama terputus, menghalang laluan ambulans dan kenderaan kecemasan ke lokasi kejadian.

Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya.

Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.

Ambulans bawa wanita hamil rempuh lembu di Gua Musang
Ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Sultan Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai ketika kemalangan berlaku pada kira-kira 4 pagi.

Wanita hamil antara 11 individu didakwa tawar pekerjaan tidak wujud
Seorang wanita hamil antara 11 individu didakwa atas pertuduhan menipu dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud.

Pesakit mental wanita sarat mengandung maut terjatuh dari bangunan hospital
Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga Hospital Lahad Datu malam tadi.

Wanita hamil, bayi baru lahir di Gaza berdepan ancaman malnutrisi
Malnutrisi di Gaza menimbulkan bahaya besar kepada wanita hamil dan bayi baru lahir, di tengah-tengah peningkatan kes lahir mati dan kanak-kanak mempunyai berat badan rendah.

Wanita hamil di Gaza hadapi peningkatan kes keguguran akibat tekanan, kekurangan makanan - Laporan
Doktor di satu-satunya wad bersalin yang masih berfungsi di Gaza mendedahkan bahawa mereka melihat peningkatan kes keguguran.

Wanita hamil 5 bulan dicekup khalwat
Menurut PADK, wanita itu bekerja di Kulim manakala suaminya bekerja di Ipoh dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.

UNRWA bergelut sediakan penjagaan untuk 50,000 wanita hamil di Gaza
Terdapat kira-kira 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dengan lebih 180 kelahiran setiap hari.