KUALA LUMPUR :Seorang wanita yang mendakwa isteri bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu, hari ini sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk menjadi pencelah dalam kes saman Datuk Seri S Vell Paari supaya keadaan kesihatan mental Samy Vellu ditentukan oleh mahkamah.
Peguam RSN Rayer yang mewakili Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Wong Chee Lin menolak permohonan kedua wanita itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
“Hakim (Wong Chee Lin) menolak permohonan ini atas alasan keputusannya (Wong Chee Lin) yang menolak permohonan sama sebelum ini adalah muktamad. Mahkamah juga memerintahkan pemohon (Rosaline) membayar kos RM5,000,” katanya kepada pemberita selepas pendengaran permohonan itu.
Ditanya, mengapa pihaknya memfailkan permohonan kedua, Rayer berkata permohonan pertama anak guamnya ditolak Wong atas alasan permohonan tersebut pramatang kerana mahkamah belum lagi memerintahkan prosiding inkuiri berhubung kesihatan mental Samy Vellu diadakan.
“Kami berpendirian, memandangkan hakim menyatakan permohonan pertama adalah pramatang, maka kami memfailkan permohonan yang sama buat kali kedua,” katanya dan memberitahu permohonan kedua difailkan pada 22 September lepas.
Peguam itu berkata pihaknya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan bagi permohonan pertama pada 18 September manakala rayuan untuk keputusan bagi permohonan kedua akan dibuat dalam masa terdekat.
Pada 11 September lepas, Wong menolak permohonan pertama Rosaline untuk menjadi pencelah dalam kes saman Vell Paari dengan kos RM5,000 selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak dan pada hari sama mahkamah membenarkan permohonan Vell Paari supaya ayahnya menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
Permohonan itu dibuat oleh Vell Paari dalam saman yang difailkan terhadap Samy Vellu bagi mengisytiharkan bahawa bapanya tidak mampu mengurus hal ehwal dirinya.
Vell Paari, 58, memfailkan saman terhadap Samy Vellu pada 2 Disember tahun lepas, memohon perintah mahkamah supaya satu siasatan dilakukan bagi menentukan keupayaan mental bapanya dan sama ada bekas Menteri Kerja Raya itu mampu menguruskan diri serta hal ehwalnya.
Beliau memohon perintah bahawa satu tarikh, masa dan tempat ditetapkan untuk siasatan dapat dijalankan terhadap bapanya mengikut Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001, bagi mengetahui tempoh ayahnya menderita gangguan mental.
Vell Paari memohon perintah mahkamah untuk mengetahui sama ada bapanya berkeupayaan memberi arahan kepada peguam untuk bertindak bagi pihaknya (Samy Vellu) serta untuk menentukan jenis-jenis harta yang dimiliki bapanya.
Bekas Setiausaha Agung MIC itu turut memohon supaya perunding pakar psikiatri neuro dan Ketua Perkhidmatan Perubatan Tingkah Laku Neuro dari Penang Adventist Hospital, Dr Prem Kumar Chandrasekaran atau pakar kesihatan mental lain diberikan akses untuk memeriksa bapanya secara peribadi dan menyediakan laporan tentang keupayaan mental defendan.
Jika defendan didapati mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya menguruskan dirinya serta hal ehwalnya, beliau memohon supaya beberapa individu termasuk dirinya (plaintif) dan peguam Datuk C.Vijaya Kumar dilantik oleh mahkamah sebagai ahli jawatankuasa untuk menjaga dan menguruskan hal ehwal harta defendan.
Sekiranya mahkamah membenarkan kesemua individu itu dilantik sebagai ahli jawatankuasa, plaintif turut memohon supaya mahkamah menentukan kuasa ahli jawatankuasa tersebut, membuat peruntukan bagi kos dan perbelanjaan jawatankuasa serta pembayaran gaji bagi ahli jawatankuasa itu.
Vell Paari juga memohon perintah supaya beliau dilantik sebagai wakil litigasi defendan dalam mana-mana prosiding undang-undang membabitkan bapanya, harta atau kepentingannya.
Plaintif berkata sejak 2017, beliau telah membantu bapanya menguruskan hal ehwal dan estetnya dan telah menggunakan dananya sendiri bagi tujuan itu berikutan bapanya tidak dapat mengakses dana dalam akaun perbankan atas faktor kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020

Pada 11 Sept lepas, Wong menolak permohonan pertama Rosaline untuk menjadi pencelah dalam kes saman Vell Paari dengan kos RM5,000. -Bernama

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.

Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.

Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.

Kes dadah: 'Dah terlalu penat' - Isteri Along Cham anggap ujian terbesar
Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menganggap apa yang berlaku kepada suaminya kini merupakan satu ujian sangat besar daripada Allah.

Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.

Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.

Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran
Pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.