KLANG: Seorang wanita yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja cedera akibat terjatuh selepas diragut dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian pada jam 8.50 pagi, mangsa berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina tiba-tiba dihampiri sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap.
Menurutnya, suspek lelaki terbabit kemudian bertindak menarik beg silang dipakai mangsa.
"Tindakan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh dan cedera di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri.
"Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114," katanya pada Jumaat.
Hoong Fong berkata, pihaknya mempergiatkan usaha memburu suspek dan akan membuat tangkapan dalam tempoh terdekat.
Tegasnya, polis sedang mengenal pasti identiti lelaki berkenaan.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sengaja mendatangkan cedera ketika melakukan rompakan," ujarnya.
Sebelum itu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kejadian terbabit.
Justeri, Hoong Fong menasihatkan semua pihak menghentikan penyebaran video tular kejadian berkenaan bagi mengelak kegusaran masyarakat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 19 2024

Mangsa wanita penunggang motosikal terjatuh selepas diragut dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Klang pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.

Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.

Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.