KUALA LUMPUR:Seorang wanita berusia 53 tahun menjadi korban terbaharu wabak rabies di Sarawak.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, mangsa kesembilan itu dimasukkan ke Hospital Sibu pada 8 Disember lalu selepas mengalami gejala sesak nafas dan batuk.
"Beliau juga mengadu sakit tekak, demam dan lemah badan selama tiga hari sebelum dimasukkan ke wad. Beliau telah meninggal dunia pada 15 Disember 2020 dengan diagnosa rabies meningoencephalitis.
"Diagnosa disahakan dengan ujian makmal positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 17 Disember 2020," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Siasatan mendapati, mangsa pernah digigit oleh anjing peliharaanya di bahagian jari pada Oktober lalu.
Bagaimanapun mangsa tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.
"Anjing tersebut telah mati tanpa diketahui sebab kematian beberapa hari selepas menggigit tuannya tetapi ia tidak dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
"Mendiang juga ada membela beberapa ekor anjing dan kucing tetapi kesemua haiwan ini tidak dibawa untuk suntikan vaksin anti-rabies. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang." katanya lagi.
Sehingga kini, sebanyak sembilan kes rabies melibatkan manusia dikesan di Malaysia pada tahun ini, manakala 31 kes dengan 29 kematian dicatatkan sejak wabak itu diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.
Orang awam dinasihati agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada jangkitan rabies.
Tambahnya lagi, KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak akan terus memantau situasi rabies di Sarawak bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan dengan segera dan komprehensif.
"Semua rakyat Sarawak pula dipohon untuk mematuhi semua nasihat kerajaan dan pihak berkuasa bagi memastikan masalah rabies di negeri ini dapat dikawal.
"Jangan biarkan haiwan peliharaan berkeliaran atau membuangnya di kawasan-kawasan awam," ujarnya lagi.
Fareez Azman
Tue Dec 22 2020
Seorang wanita berusia 53 tahun menjadi korban terbaharu kes rabies di Sarawak selepas digigit anjing peliharaannya pada Oktober lalu. - Gambar hiasan
EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee
Zirkzee menyertai United minggu lalu selepas menandatangani kontrak bernilai 35 juta pound (RM212 juta) dari kelab Serie A, Bologna.
AWANI Ringkas: Isu pembelajaran digital untuk AI antara yang dibangkitkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar
Ia juga bergantung kepada maklumat yang dijumpai dalam alat telekomunikasi berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong
Ini bagi menghilangkan rasa resah masyarakat selain bagi memastikan kejadian sebenar di sebalik rakaman CCTV itu.
Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Berdasarkan aturan mesyuarat, isu itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan, bagi hari terakhir sidang.
Kapal tentera laut AS, USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Klang
Ketibaan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Blue Ridge (LCC19) di Pelabuhan Klang pada Rabu menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Malaysia-Iran: Halu tuju kerjasama tidak akan dipengaruhi pihak asing
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind
Ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.