SEORANG penulis terkenal kelahiran Boston, Edgar Allan Poe, pernah menyebut:
“Tidak pernah menderita ialah tidak pernah diberkati.”
Ketika hidup kita telah disesakkan dengan pelbagai berita — Sajad bersujud di ruangan solat wanita, Sufian Suhaimi jual bantal zikir dan PPSMI bakal dikembalikan — pernahkah walau cuma sekali kita bertanya, di mana kita di sebalik semua ini?
Benar, jawapannya menggerunkan. Kita tiada. Kita tidak wujud pun di dalam mana-mana berita ini. Bukan kita yang membawa Sajad ke Mekah, bukan kita yang menjual bantal zikir, dan bukan kita yang merangka polisi PPSMI dahulu.
Jadi apa beza kita dengan khalayak yang memuat naik ratusan komen di semua portal popular di media sosial? Tiada beza, kita dengan mereka, sama sahaja. Mungkin kita tidak kisah, tidak memberikan komen, atau tidak mempunyai akaun media sosial, tetapi siapa kita?
Persoalan ini rumit. Tetapi saya bukan mahu membas masalah existentialism di sini. Saya cuma gerun dan khuatir, kita, masyarakat manusia, akhirnya sudah lupa bertanya tentang diri kita sendiri.
Masyarakat pascatamadun
Di dalam sebuah buku terkenal Malek Bennabi, Shurut al-Nahdah, beliau membahaskan perihal masyarakat pascatamadun (mujtama’ ba’da al-hadara). Beliau mengelaskan bahawa kita, masyarakat hari ini, hidup di dalam era pascatamadun ini.
Kata beliau lagi, masyarakat pascatamadun mengalami kemerosotan nilai hidup yang sangat parah. Masyarakat ini hidup di dalam kekosongan, kekaburan arah tuju, tenggelam di dalam fikiran dan akhir sekali tiada keinginan dan kekuatan untuk berfikir.
Hasillnya kata beliau, tiadalah penghasilan inovasi, tiadalah idea mandiri, semua yang ada samada sumbangan yang ditinggalkan, atau paling tidak pun hanyalah hasil daripada proses sebab-akibat masyarakat bertamadun yang dahulu.
Malah lebih teruk lagi, masyarakat ini terlalu selesa dikawal oleh dunia materi, yang akhirnya membawa kepada keruntuhan moral, etika, dan integriti.
Untuk memahaminya dengan lebih mudah, Bennabi membawa analogi yang menarik berkenaan tiga bentuk masyarakat (pratamadun - tamadun - pascatamadun). Beliau menjelaskan begini;
Masyarakat pratamadun dilihat sebagai air yang berada di luar tangki, kemudiannya mengalir masuk ke dalam tangki, dan air di dalam tangki yang diproses, ditapis dan dibersihkan kemudiannya digunakan oleh masyarakat bertamadun.
Setelah air yang bersih ini digunakan, air ini akan dialirkan keluar. Air yang mengalir keluar inilah yang diibaratkan seperti masyarakat pascatamadun.
Air ini sudah susut nilai gunanya, atau lebih senang cakap, sudah tidak berguna lagi.
Apabila kita perhatikan betul-betul ciri-ciri masyarakat yang sudah tidak berguna ini, maka benarlah bahawa masyarakat hari ini rupanya hanyalah "air yang sudah tiada gunanya lagi".
Mungkin kita bantah dan marah kerana terlalu menghukum dan seterusnya bertanya; apakah sandaran kepada dakwaan yang pedas ini? Apakah pengukurnya?
Virus masyarakat mediocre
Mudah. Berbalik kepada persoalan awal yang saya bangkitkan tadi. Kita siapa? Dan kita di mana? Adakah kita selamat kerana kita “tidak berbuat apa-apa” atau sebenarnya itu juga satu penyakit yang kita tidak sedar?
Saya tahu, ramai di antara kita tidak suka ribut-ribut, tidak mahu fikir lebih-lebih. Yang ada, cukuplah. Yang tak ada, tak payah cari.
Tetapi sebentar, saya rasa wajar untuk kita sama-sama merenung sekejap tentang permasalahan ini. Kita boleh ukur keadaan masyarakat pascatamadun ini dengan melihat dominannya virus mediocrity, atau boleh diterjemahkan sebagai virus atau sindrom pertengahan yang secara tidak sedar kita sedang mengalaminya.
Senang cakapnya begini, masyarakat mediocre (masyarakat pertengahan) ialah masyarakat yang hidupnya penuh dengan kepalsuan tanggapan dengan meletakkan tujuan hidup mereka semata-mata hanya untuk menjalani rutin, berfikir mudah dan simplistik, menurut, mengekor, menerima tanpa soal, dan mengakhir hidup dengan seadanya.
Mereka sangat selesa dan berkehendak untuk semata-mata follow the flow.
Masyarakat mediocre ini mempunyai daya upaya yang sangat terhad untuk mencipta perubahan dan pembaharuan dalam hidup mereka. Mereka hanya menjadi pak turut dan pembonceng kepada semua bentuk pemikiran yang muncul, lalu berpura-pura menjadi pendakwah kepada semua pemikiran ini.
Mereka tiada keupayaan untuk mengkritik, menghancurbinakan, apatah lagi mencipta pemikiran baharu yang boleh menyelamatkan bukan orang lain, tetapi diri mereka sendiri.
Ya, kita bungkuskan semua masalah seperti ignorance, generasi snowflake atau sebagainya di dalam satu idea kerosakan sentral, iaitu virus masyarakat mediocre. Sebab virus ini kita semua ada. Kita semua sedang menghadapinya. Dan lebih parah dari koronavirus, tiada pakar mahupun ahli politik yang mahu bercakap tentangnya.
Lalu, apa sahaja yang trending di media sosial semuanya berjaya mencuri perhatian kita, masa kita, tenaga kita dan tidak memberikan sedikit pun ruang untuk kita berfikir walaupun cuma sejenak.
Kita sudah hanyut dan dijajah oleh dajjal mediocre ini. Dan jangan tanya saya bagaimanakah kita mahu menyelamatkan diri kita daripada virus ini kerana saya sendiri sukar dan buntu.
Yang pasti, sedar adalah langkah pertama. Sedar kita sedang diperbodohkan adalah langkah pertama untuk kita kembali bertanya tentang diri kita sendiri — kita ini siapa? Dan kita sedang ke mana? Faaina tazhabun (Surah At-Takwir, 26).
* Hafizul Faiz merupakan seorang penulis dan juga felo di Taddabur Centre.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Universiti Putra Malaysia dan Astro AWANI.
Hafizul Faiz
Tue Mar 03 2020
Apa beza kita dengan khalayak yang memuat naik ratusan komen di semua portal popular di media sosial? - Gambar hiasan
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Virus 'masyarakat mediocre' yang ramai tidak tahu
Masyarakat mediocre ini mempunyai daya upaya yang sangat terhad untuk mencipta perubahan dan pembaharuan dalam hidup mereka.