Ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang memulakan kempen kutipan derma bagi membeli tanah yang menempatkan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 di sini, pada Ahad, yakin pemilik tanah itu akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam usahanya itu.
Katanya, beliau secara peribadi mengenali Ketua Pegawai Eksekutif Ayala Corporation, syarikat yang memiliki tanah berkenaan yang disifatkannya seorang yang dermawan dan dihormati.
"Ayala Corp adalah sebuah syarikat terbesar dan tertua di Filipina, pemiliknya adalah orang baik-baik, dihormati dan suka melakukan kerja amal.
"Ayala Corp mungkin beri kami diskaun besar, saya percaya syarikat itu akan melakukan sesuatu yang baik untuk perniagaan mereka di Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas melawat kuil berkenaan.
Turut hadir Naib Presiden PKR yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar.
Ayala Corporation mempunyai pegangan saham 66.25 peratus dalam syarikat hartanah tempatan MCT Bhd (MCT), yang diambil alih pada awal tahun ini oleh konglomerat multinasional berkenaan.
Tanah kuil itu dimiliki One City Development Sdn Bhd yang juga anak syarikat MCT.
Menurut Vincent Tan, sehingga Ahad, kempen derma untuk membeli tapak kuil berkenaan telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM2 juta.
Sementara itu, Dr Xavier dalam sidang akhbar yang sama berkata pihaknya mahu semua yang menandatangani penghakiman persetujuan kembali ke meja rundingan agar satu jalan penyelesaian dapat dicari.
Isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa lalu, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.
Sehingga Ahad, seramai 58 individu telah ditahan berhubung insiden berkenaan. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 02 2018
Vincent Tan (dua, kanan) ketika melawat lokasi kejadian kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, USJ 25, Putra Heights pada Ahad. - Bernama
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Vincent Tan yakin pemilik beri kerjasama jual tanah kuil
Katanya, beliau secara peribadi mengenali Ketua Pegawai Eksekutif Ayala Corporation, syarikat yang memiliki tanah berkenaan yang disifatkannya seorang yang dermawan dan dihormati.