KOTA KINABALU: Kerajaan dan sektor swasta harus menjalin kerjasama untuk membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah atau kumpulan sasar B40, kata Pengerusi Bukan Eksekutif Berjaya Corp Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan.
Beliau berkata langkah itu penting memandangkan kebanyakan mereka ketika ini menyewa rumah kerana tidak mampu membelinya dan akhirnya akan bersara tanpa memiliki rumah sendiri.
"Jika mereka tidak memiliki rumah sendiri, mereka berpotensi menjadi gelandangan, jadi kita perlu membantu rakyat kita... kita tidak mahu rakyat menjadi gelandangan dan tidak memiliki rumah kerana ia akan menjadi masalah sosial yang besar," katanya sambil menambah beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan perkara itu.
Tan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Berjaya Land Berhad (B-Land), anak syarikat BCorp, yang diwakili Pengerusi B-Land Tun Richard Malanjum dan Qhazanah Sabah Berhad (QSB) yang diwakili Pengarah Eksekutifnya Mohd Shukor Abdul Mumin untuk membangunkan Bandar Digital Tun Said.
Ia membabitkan perbandaran digital di Kota Belud dengan pembangunan bercampur komersial dan kediaman.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin serta Pengerusi QSB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Vincent Tan (duduk, kiri) menandatangani perjanjian usahasama antara Qhazanah Sabah Berhad dan Berjaya Corporation Jafry (berdiri, dua kanan) dan Salleh (berdiri, kanan), di Kota Kinabalu, 26 Nov 2021. --fotoBERNAMA
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
'Saya bertanggungjawab dedah isu ketirisan pentadbiran PH' - Sanusi
Muhammad Sanusi memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa beliau mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan isu ketirisan dalam pentadbiran ahli politik PH dan BN.
Amirudin fail saman fitnah terhadap Sanusi
Saman difail berhubung dakwaan Sanusi bahawa Amirudin terbabit skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan membabitkan projek pembersihan Sungai Klang.
Perbicaraan kes fitnah Vincent Tan, Sanusi 25 Oktober
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes saman fitnah Pengasas Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada 25 Oktober.
Vincent Tan, Berjaya Land saman Sanusi isu tanah Kerajaan Selangor
Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad mengemukakan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Projek Sungai Klang: 'Ini cerita sensasi sempena PRN saja' - Amirudin
Amirudin memaklumkan isu yang ditimbulkan sudah diperjelaskan beberapa kali semasa ia dibangkitkan di Dewan Negeri.
Berjaya-Naza saman MoF: SPRM digesa siasat kontrak pembekalan kenderaan kerajaan
SPRM digesa siasat penamatan surat hasrat (LOI) pembekalan kenderaan kerajaan yang berlaku ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Vincent Tan lepaskan KV Kortrijk
Menurut laman web rasmi kelab KV Kortrijk, Vincent mengucapkan selamat berjaya kepada Maciek Kaminski dan keluarganya.