IPOH: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi menjalankan siasatan berhubung penamatan surat hasrat (LOI) pembekalan kenderaan kerajaan yang berlaku ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha DAPSY Perak, Steven Tiw Tee Siang berkata siasatan itu perlu dilakukan kerana ia didakwa mempunyai elemen rasuah susulan pemberian kontrak bernilai RM700 juta kepada syarikat lain iaitu kos yang lebih tinggi berbanding bidaan syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza.
“Sekiranya berlaku campur tangan dan unsur rasuah daripada mana-mana pihak, mereka wajar diheret ke mahkamah kerana RM700 juta ini adalah satu amaun yang besar dan pada masa itu negara sedang mengalami ketidakstabilan ekonomi.
“Perlakuan tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya.
“Perkara ini tidak boleh diremehkan kerana apabila negara sedang mengalami ketidakstabilan ekonomi, ada pihak pula yang berani yang begitu berani ‘sakau’ kewangan negara,” dakwanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Perak Meru Raya dekat sini pada Selasa.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Cheah Pou Hian; ADUN Malim Nawar, Shasha Veraiah; ADUN Keranji, Angeline Koo Haai Yen serta ADUN Pasir Pinji, Goh See Hua.
Pada Isnin media melaporkan Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan LOI yang ditawarkan kepada JV itu.
Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, mendakwa LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan, ditamatkan tiga bulan selepas Muhyiddin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.
Dakwa Vincent, perkhidmatan JV ditamatkan dan diberikan kepada syarikat lain dengan perbelanjaan RM700 juta lebih tinggi berbanding bidaan JV.
Amirrul Rabbani
Tue Jul 18 2023

DAPSY Perak membuat laporan di Pejabat SPRM Perak Meru Raya, Ipoh pada Selasa. - Gambar/ Astro AWANI

Lelaki didakwa bunuh anak asuhan isteri
Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak asuhan isterinya, Isnin lalu.

Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuh panduan penggunaan air Zamzam
Kemudahan wuduk yang lengkap dan 20,000 bekas air Zamzam telah disediakan sepanjang Ramadan bagi memenuhi keperluan para jemaah.
Isu agama, kaum jangan jadikan senjata politik, ia membakar diri - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan seluruh rakyat Malaysia sebarang masalah kaum dan agama mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

Dokumen MM2H palsu: Pegawai imigresen diperintah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Shamsudin di akhir kes pendakwaan.

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan Pengerusi MAIS baharu
Baginda turut menyampaikan watikah kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS baharu dan dua anggota baharu.

PBB beri amaran tentang krisis kemanusiaan 'yang parah' di Afghanistan
Lebih separuh daripada populasi, iaitu 23 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Bubur lambuk untuk pengunjung Stadium Sultan Ibrahim sempena aksi ACL Elite
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah agar makanan berbuka puasa disediakan untuk pengunjung dan peminat yang hadir.
How to Get to Merdeka 118: Your Complete Guide
Merdeka 118, the world’s second-tallest tower, is now more accessible than ever with the opening of the Belfield Tunnel. Here’s a video of everything you need to know about getting there efficiently.

Muhammad Azeem dijangka ke Sukan SEA Thailand - Ballard
Azeem juga akan menyertai beberapa kejohanan seperti Sukan Universiti Dunia di Jerman pada Julai dan Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada September.

Berjaya-Naza saman MoF: SPRM digesa siasat kontrak pembekalan kenderaan kerajaan
SPRM digesa siasat penamatan surat hasrat (LOI) pembekalan kenderaan kerajaan yang berlaku ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.