KOTA BHARU: Video yang memaparkan kepentingan suntikan vaksin COVID-19 bagi mengekang wabak itu daripada terus merebak yang disebar luas menerusi media sosial berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengambil suntikan itu.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ketereh yang menghasilkan video itu antara langkah yang dilakukan dalam membantu masyarakat di sekitar kawasan tersebut mendaftar dan menjadi penerima vaksin COVID-19.
"Selain itu, saya mengarahkan petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ketereh yang berperanan sebagai sukarelawan bertugas secara bergilir-gilir memberi khidmat kepada orang ramai yang hadir mendapatkan suntikan vaksin, malah mereka yang telah mendapat suntikan juga diberi sedikit cenderahati khas daripada saya.
"Setakat ini berdasarkan rekod, terdapat peningkatan sekali ganda bilangan penerima suntikan yang sebelum ini hanya lebih 200 sehari tetapi kini hampir 400 orang sehari yang hadir mendapatkan suntikan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut menggesa rakyat mengemas kini aplikasi MySejahtera kerana ia penting bagi mendapatkan tarikh suntikan.
Beliau berkata, menerusi gerak kerja dan turun padang 300 jentera secara bergilir-gilir oleh petugas sukarela di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDK-PI) dan di kawasan kampung, pihaknya mengesan ramai yang telah mendaftar MySejahtera, tetapi tidak mengemas kini data semasa.
"Berikutan itu, ada dalam kalangan penduduk yang terlepas tarikh suntikan. Oleh itu petugas serta sukarelawan di PPV MDK-PI membantu mereka mengemas kini maklumat dalam MySejahtera," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menerusi kerjasama sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO turut membantu penduduk mengambil suntikan vaksin COVID-19 melalui promosi pendaftaran manual secara bersemuka.
Sementara itu, Setiausaha UMNO Bahagian Ketereh, Ahmad Termizi Musa berkata, pihaknya turut pergi ke kampung-kampung untuk memberi penerangan terutama kepada golongan warga emas mengenai kepentingan vaksin.
"Kami mengalu-alukan langkah bijak Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberi kemudahan dan kebenaran kepada hospital serta klinik swasta memberi suntikan vaksin kepada orang ramai dan ini akan menambah bilangan yang akan menerima suntikan," katanya dan menambah ia juga akan dapat mencapai sasaran 80 peratus penduduk dalam Parlimen Ketereh menerima vaksin. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021
![Video kepentingan vaksin tarik ramai penduduk Ketereh ambil suntikan Video kepentingan vaksin tarik ramai penduduk Ketereh ambil suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622095783_AnnuarMusa.jpg)
Tan Sri Annuar Musa menggesa rakyat mengemas kini aplikasi MySejahtera kerana ia penting bagi mendapatkan tarikh suntikan. - Gambar Twitter @AnnuarMusa
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739865043_TBINFLUENZA.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739190937_KhaledNordin.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.
![Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986835_tbnanostix.jpg)
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
![Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927419_TBBAZAAR.jpg)
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
![Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738840255_TBINFLUENZA.jpg)
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
![Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738838225_DzulkeflyAhmad.jpg)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738771879_produkkomestik.jpg)
KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
![WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
![KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733475013_gaduh.jpg)
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
![45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak 45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725700261_LukanismanAwangSaun.jpg)
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.