MELAKA: Seorang warga emas membuktikan motosikal Vespa tua yang dimiliki mampu membawanya mengembara ke beberapa negara termasuk menunaikan ibadah umrah.
Rahim Amat, 71, berkata, sehingga ke hari ini motosikal berusia lebih 50 tahun itu berjasa kepadanya dan kerana itu berhasrat untuk berkonvoi melakukan jelajah siri keduanya ke Tanah Suci Makkah dalam masa terdekat ini.
Menurutnya, itu satu-satunya pengangkutan utama dia ada sejak dari muda yang digunakan untuk menghantar ke semua anak ke sekolah selain merupakan kenderaan untuk pergi dan pulang bekerja.
"Kembara yang dijalankan pada tahun 2013 lalu antara kembara dakwah yang berjaya dilaksanakan bersama ahli keluarga dan rakan.
"Bermula dari kejayaan itu kita mahu teruskan bagi jelajah seterusnya, walaupun bukan motosikal berkuasa tinggi namun kita boleh sampai ke destinasi yang dituju," katanya ketika ditemui di Ayer Keroh di sini, pada Isnin.
Katanya, antara pengalaman manis apabila mereka berjaya mengembara ke Mekah untuk menunaikan umrah.
"Berbanding motosikal moden dan berkuasa tinggi, Vespa ini sangat susah untuk kendalikannya namun berkat usaha kita boleh melakukannya," katanya lagi.
Tambahnya sempena bulan kemerdekaan Samudra Vespa Club juga merancang untuk menyemarakkan bulan ini dengan aktiviti berkonvoi membawa Jalur Gemilang.
"Bukan hanya tadabbur alam, tapi sama-sama meraikan tanggal 31 Ogos tidak lama lagi," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 22 2023

Rahim berkata, motosikal berusia lebih 50 tahun itu berjasa kepadanya dan kerana itu berhasrat untuk berkonvoi melakukan jelajah siri keduanya ke Tanah Suci Makkah dalam masa terdekat. - Gambar/ Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Vespa tua beri peluang mengembara
Seorang warga emas membuktikan motosikal Vespa tua yang dimiliki mampu membawanya mengembara ke beberapa negara termasuk menunaikan ibadah umrah.