KUALA LUMPUR: Bersempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara (T851) percuma antara KL Sentral dan Parlimen bermula 24 Jun hingga 18 Julai.
Rapid Bus dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan T851 itu adalah perkhidmatan alternatif demi kemudahan dan kelancaran perjalanan bagi mereka yang mempunyai urusan di bangunan Parlimen, selain mengelakkan kesesakan ruang meletak kereta di pekarangan Parlimen.
"Perkhidmatan ini juga memberi peluang kepada pengguna untuk merancang masa perjalanan mereka.
"Rapid Bus menjemput semua pihak yang mempunyai urusan di bangunan Parlimen untuk memanfaatkan perkhidmatan van percuma ini," menurut kenyataan itu.
Perkhidmatan van percuma ini akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula 7 pagi hingga 8 malam dengan kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak (7 pagi hingga 11 pagi/4 petang hingga 8 malam) dan setiap 60 minit di luar waktu puncak mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menurut Rapid Bus van perantara itu akan mengambil penumpang di Balai Pelepasan ERL KL Sentral dan dari Taman Botani Perdana (berhampiran tempat letak kereta bertingkat) untuk ke bangunan Parlimen, meliputi laluan sepanjang lima kilometer dan mengambil masa 15 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Perkhidmatan van percuma ini akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula 7 pagi hingga 8 malam. - Foto Prasarana

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Van perantara percuma sempena sidang Parlimen dari 24 Jun-18 Julai
Bersempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat, Rapid Bus akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara percuma antara KL Sentral dan Parlimen.

Rapid Bus sedia van perantara percuma ke Parlimen bermula 26 Feb
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen.