KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menyediakan perkhidmatan van perantara secara percuma antara Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dan Parlimen sempena pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Feb hingga 27 Mac ini.
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan T851 itu disediakan sebagai perkhidmatan alternatif bagi menjamin kemudahan serta kelancaran perjalanan mereka yang mempunyai urusan di Bangunan Parlimen.
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen.
"Perkhidmatan van percuma ini akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 7 pagi hingga 8 malam dengan kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak iaitu 7 pagi hingga 11 pagi serta 4 petang hingga 8 malam dan setiap 60 minit di luar waktu puncak mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya.
Van perantara percuma itu hanya mengambil penumpang dari Balai Pelepasan Express Rail Link KL Sentral serta Taman Botani Perdana, berhampiran tempat letak kenderaan bertingkat ke Bangunan Parlimen yang meliputi laluan sepanjang lima kilometer dan mengambil masa 15 minit perjalanan.
Rapid Bus menggalakkan orang ramai yang mempunyai urusan di Bangunan Parlimen untuk memanfaatkan perkhidmatan percuma yang disediakan.
Orang ramai boleh melayari laman web www.myrapid.com.my dan media sosial Rapid KL untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan van percuma itu.
Dewan Rakyat akan bersidang selama 69 hari pada tahun ini, dengan sidang pertama bermula 26 Feb hingga 27 Mac iaitu selama 19 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menyediakan perkhidmatan van perantara secara percuma antara Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dan Parlimen sempena pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Feb hingga 27 Mac ini. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rapid Bus nafi iklan promosi perjalanan tanpa had Pas Mutiara
Katanya, iklan yang dibuat melalui sebuah akaun Facebook itu adalah tidak sah dan bukan inisiatif daripada pihak Rapid Penang.

Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos ini
Rapid Bus akan melancarkan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama dengan kerjasama DBKL bermula 15 Ogos ini.

Van perantara percuma sempena sidang Parlimen dari 24 Jun-18 Julai
Bersempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat, Rapid Bus akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara percuma antara KL Sentral dan Parlimen.

35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.

Rapid Bus sedia van perantara percuma ke Parlimen bermula 26 Feb
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen.

6 penumpang lalui detik cemas, bas Rapid KL dinaiki terbakar
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bas laluan Taman Mulia Jaya menghala Lebuh Ampang itu terbakar pada jam 10.52 pagi.

Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.

Operasi BRT laluan Sunway berubah sempena BRT Run 2023
Perkhidmatan Transit Aliran Bas (BRT) bagi Laluan Sunway akan mengalami perubahan operasi pada 25 Nov ini bermula 6 petang sehingga tamat waktu operasi dengan kekerapan setiap 45 minit.

Perkhidmatan van perantara percuma ke Parlimen mulai esok
Perkhidmatan van perantara percuma (T851) dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan mulai esok hingga 14 Dis ini bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta ketika persidangan berlangsung.

Bas bawa lapan penumpang musnah terbakar
Lapan penumpang cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar di Jalan Tandang di sini pada Ahad.