KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran untuk memastikan ujian klinikal bagi vaksin COVID-19 juga dilakukan di negara ini, bagi memastikan ia bersesuaian dengan rakyat Malaysia, kata Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed.
Beliau berkata, walaupun ujian awal klinikal mendapati vaksin Moderna dan Pfizer/BioNTech sebagai contoh, mempunyai kadar keberkesanan melebihi 90 peratus, namun hampir kesemua dilakukan ke atas rakyat Amerika Syarikat, yang mempunyai genetik dan persekitaran berbeza.
Ujarnya lagi, dengan ujian klinikal yang mengambil kira faktor pelbagai kaum dan latar belakang kesihatan rakyat negara ini, lebih banyak data dapat diperolehi bagi menentukan tahap keberkesanan sesuatu vaksin itu.
“Sebenarnya bagus jika kita dapat lakukan ujian itu di negara kita sendiri. Kerana bila ujian ini dilakukan di Amerika Syarikat, kita tahu penduduk di sana berlainan kaum, terdiri daripada African American, Latin dan sebagainya.
"Jadi mereka mempunyai genetik berbeza dan persekitaran berbeza. Jadi sepatutnya untuk betul-betul melihat keberkesanan seseuatu vaksin, itu ia perlu dilakukan di lebih banyak tempat meliputi lebih banyak latar belakang,” katanya lagi.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan sebagai berkata, Kementerian Kesihatan sedang dalam rundingan dengan 10 syarikat pengeluar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sekiranya ia diluluskan.
"Selepas menerima (laporan) kita akan meneliti laporan berkenaan dan selepas itu, vaksin terbabit akan dibawa ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk kelulusan,” katanya lagi.
Selain Moderna, Malaysia juga dilaporkan telah memeterai perjanjian awal dengan Pfizer Inc bagi mendapatkan 12.8 juta dos vaksin COVID-19, bagi meliputi 20 peratus populasi rakyat yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, pada awal 2021.
Turut dalam perhatian Malaysia ialah vaksin keluaran Sinovac Biotech Ltd dan AstraZeneca Plc, yang kini berada dalam fasa terakhir ujian klinikal.
Mengulas lanjut, Nurul Azmawati berkata, kadar keberkesanan vaksin yang diumumkan Moderna merupakan satu berita yang agak mengejutkan kerana kadar keberkesanan vaksin untuk pandemik sebelum ini agak rendah.
“Vaksin Influenza sebagai contoh, keberkesanannya hanya 60 peratus. Manakala vaksin Chicken Pox 92 peratus. Jadi 94 peratus ini satu kadar efikasi yang agak tinggi.
“Sebenarnya pada peringkat awal, telah ditetapkan sesuatu vaksin COVID-19 ini hanya akan diluluskan jika keberkesanannya hanya 50 peratus, dan pakar pula menjangkakan ianya dalam 70 peratus. Jadi perkembangan ini agak mengejutkan dan mengembirakan dan memberi kelegaan pada ramai pihak,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Dec 01 2020
Ujian klinikal perlu ambil kira faktor pelbagai kaum, latar belakang kesihatan rakyat Malaysia, supaya lebih banyak data dapat diperolehi.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Vaksin COVID-19: Ujian klinikal perlu ambil kira genetik, latar belakang rakyat Malaysia
Ujian klinikal perlu ambil kira faktor pelbagai kaum, latar belakang kesihatan rakyat Malaysia, supaya lebih banyak data dapat diperolehi.