KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan 102,000 nama sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama, yang bermula Rabu ini.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din bagaimanapun berkata, PDRM belum mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai jumlah sebenar penerima awal suntikan vaksin itu, bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Beliau berkata pemberian vaksin dicadang untuk diberikan kepada pegawai dan anggota daripada semua jabatan dalam PDRM, yang berjumlah 118,214 orang ketika ini.
“Ia tidak tertumpu kepada satu-satu jabatan atau bahagian sahaja, kerana secara prinsipnya semua mereka layak menerimanya,” katanya kepada Bernama semalam.
Ramli berkata KKM menetapkan PDRM akan mula terima suntikan vaksin pada 26 Feb ini dan PDRM telah mencadangkan 147 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada KKM, untuk kegunaan warga PDRM.
“PPV yang telah dikenal pasti tidak melibatkan semua balai polis, sebaliknya hanya melibatkan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) atau IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah), yang berujuan memudahkan urusan pemberian vaksin di sesuatu daerah.
“Cadangan untuk dibuat secara ‘outreach’ bagi memudahkan pegawai dan anggota hadir menerima suntikan vaksin dan memudahkan pemantauan dibuat terhadap kehadiran dan ia selari dengan saranan KKM,” katanya.
Beliau berkata KKM yang akan melakukan suntikan, manakala PDRM akan membuat seliaan keselamatan dan menentukan anggota yang setuju untuk disuntik hadir ke pusat suntikan.
Terdahulu, vaksin COVID-19 itu selamat tiba apabila pesawat khas yang membawa kumpulan pertama vaksin berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pagi semalam.
Bernama melaporkan vaksin itu disimpan di tiga lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) milik syarikat logistik DHL iaitu di Subang, Selangor; Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Senai, Johor, sebelum ia mula dihantar ke PSV KKM.
Media sebelum ini, melaporkan fasa pertama program bermula Feb hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos, bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, serta golongan Orang Kurang Upaya.
Sementara fasa ketiga, bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei ini hingga Februari tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 21 2021
KKM menetapkan polis akan mula terima suntikan vaksin pada 26 Feb ini dan PDRM telah mencadangkan 147 PPV kepada KKM, untuk kegunaan warga PDRM.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Aidi Ismail Pengarah JPJKK baharu
Datuk Aidi Ismail hari ini menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.
Aidi dilantik Pengarah JPJKK yang baharu - PDRM
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.
632 keluarga pegawai, anggota polis Selangor terjejas banjir
Sebanyak 632 keluarga pegawai dan anggota polis di Selangor terjejas dan menjadi mangsa banjir yang melanda negeri itu minggu lalu.
Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas PDRM
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti berkuat kuasa 1 Julai.
PDRM terima lebih 14,000 permohonan pertukaran tahun lepas
Ramai anggota dan pegawai yang masih tidak memahami serta kurang jelas dengan dasar pertukaran dalam PDRM.
Vaksin COVID-19: PDRM senarai 102,000 nama sebagai penerima awal
Bagaimanapun, PDRM belum mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan mengenai jumlah sebenar penerima awal suntikan vaksin itu.
COVID-19: Latihan di Pulapol dihentikan sementara waktu - Bukit Aman
Sebarang jenis latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) seluruh negara diarah dihentikan buat sementara waktu susulan pandemik COVID-19.
Pesara, bekas dan petugas polis terima bayaran 'one-off' RM500 mulai Mac
Seramai 80,000 pesara, bekas dan petugas polis bakal menerima bayaran RM500 sekali bayar (one-off) yang dibuat secara berperingkat mulai Mac.
78 pelatih Pulapol KL positif COVID-19
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, semua yang positif kini telah diasingkan dan mereka diarahkan menjalani kuarantin.
COVID-19: 2,688 warga PDRM jalani kuarantin
Seramai 2,688 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mereka sedang menjalani kuarantin 14 hari susulan penularan pandemik COVID-19.