KUALA LUMPUR: Tujuh pengarah baharu bagi jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara 61 pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran pasukan keselamatan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, menggantikan Datuk Zainal Abidin Kassim yang dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Selain itu, Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Datuk Zaini Jass dilantik Pengarah Pengurusan Bukit Aman bagi mengisi jawatan ditinggalkan Ramli.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Datuk Azri Ahmad sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard manakala Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Mohd Kamarudin Md Din sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Supt Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Supt Skandaguru Anandan berkata selain mereka, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Datuk Azisman Alias masih kekal memegang jawatan itu namun beliau memangku pangkat CP.
Beliau berkata dalam kenyataan malam tadi, Timbalan Pengarah JKDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Datuk Mastor Mohd Ariff dilantik sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) dengan memangku pangkat CP manakala Setiausaha PDRM Datuk Ramli Mohamed Yoosuf sebagai Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat CP.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat CP dan Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa sebagai Ketua Polis Terengganu dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).
Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan dilantik sebagai Setiausaha PDRM dengan memangku pangkat DCP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas berkuat kuasa 1 Julai. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas PDRM
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti berkuat kuasa 1 Julai.

Kes rogol dalam lokap: 11 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan
Beliau berkata kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati gagal serta cuai menjalankan tugas.

Gangguan seksual di SJR: Bukit Aman tarik tugas dua anggota polis
Dua anggota polis ditarik tugas serta-merta susulan dakwaan terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya, minggu lalu.

Pegawai polis berpangkat DCP antara disiasat disyaki bersekongkol dengan Addy Kana
Pegawai polis berpangkat DCP dan seorang Inspektor mempunyai wang simpanan berjumlah RM1 juta.

Pegawai, anggota polis disaran tidak main Tik Tok, cemar imej PDRM - KPN
Beliau berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak "manis" dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform.

Guna pangkat untuk arahan kerja peribadi tidak terlepas tindakan
Antara kesalahan lain yang dikenal pasti sering kali dilakukan ialah salah guna kuasa, bergaduh atau tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa bertugas.

PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan berkuat kuasa 18 Jun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran lima pegawai kanannya berkuat kuasa 18 Jun ini.

18 pegawai kanan polis antara yang terlibat pertukaran berkuatkuasa 8 September
Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya adalah antara 18 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 8 Sept depan.

Budaya 'angkat tangan' di sempadan harus dihentikan - Ketua Polis Kedah
Pihak polis telah mengeluarkan arahan agar anggota keselamatan segera hentikan budaya 'angkat tangan' di sempadan negara.