SHAH ALAM: Lebih 14,000 permohonan pertukaran daripada pegawai dan anggota polis di seluruh negara diterima pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din.
Beliau berkata lebih 60 peratus daripada permohonan itu mendapat kelulusan, antaranya melibatkan pegawai dan anggota yang naik pangkat atau telah lama berkhidmat di satu-satu tempat.
"Permohonan yang ditolak pula kerana terlalu muda dan baru setahun ditempatkan sudah minta tukar," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor hari ini.
Pada majlis itu, Datuk Arjunaidi Mohamed yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Selangor menyerahkan tugas Timbalan Ketua Polis Selangor yang disandang beliau sebelum ini kepada Datuk Sharul Lalli Masduki.
Ramli juga berkata ramai anggota dan pegawai yang masih tidak memahami serta kurang jelas dengan dasar pertukaran dalam PDRM.
Beliau berkata menurut Dasar Integriti Nasional, PDRM mahu setiap negeri memiliki 20 peratus anak negeri yang berkhidmat di negeri sendiri di Semenanjung serta 40 peratus di Sabah dan Sarawak.
"Kami tidak mahu terlalu lama anak negeri berkhidmat di negeri sendiri. Walaupun kami mempunyai dasar ini tetapi PDRM tidaklah kejam... kami juga melihat dari sudut faktor kebajikan contohnya dia mempunyai anak istimewa yang memerlukan bantuan, penjagaan ahli keluarga serta suami isteri yang berjauhan... kami pertimbangkan.
"Kami juga akan menambah baik dasar-dasar sedia ada dari semasa ke semasa untuk kebaikan semua," katanya.
Mengulas penglibatan kaum Cina dan India dalam pasukan PDRM, Ramli berkata jumlah mereka sangat rendah.
"Kami dapati daripada 129,000 anggota dan pegawai, kaum Cina hanya 1.9 peratus dan India 3.7 peratus dalam pasukan, justeru kita perlukan lebih ramai lagi penyertaan mereka untuk bersama-sama menjaga ketenteraman negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Ramai anggota dan pegawai yang masih tidak memahami serta kurang jelas dengan dasar pertukaran dalam PDRM. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam esok susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dekat sini dilaksanakan secara 24 jam.

Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.

Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat
PLUS dan PDRM terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya, terutama sepanjang musim perayaan.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'
Polis sahkan menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.

Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.

PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.

Polis Selangor tangguh semua permit konsert berkuat kuasa serta-merta
Polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu susulan penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway, pada sambutan ambang tahun baharu.