KUALA LUMPUR: Malaysia telah membuat keputusan untuk menyertai COVAX bagi menunjukkan solidariti global dan memastikan ekuiti vaksin untuk semua, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
COVAX yang diterajui bersama oleh 'The Global Alliance for Vaccine and Immunisation' (GAVI), 'Coalition for Epidemic Preparedness Innovations' dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan penghasilan vaksin COVID-19 dan memastikan akses vaksin COVID-19 yang adil dan berkesan untuk semua negara di seluruh dunia.
Menurut Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, banyak tempat di dunia terutamanya negara berpendapatan rendah dan pertengahan, berhadapan masalah untuk mendapatkan bekalan vaksin dan juga tidak mempunyai kebolehan atau keupayaan, untuk menghasilkan vaksin di negara mereka sendiri.
"Negara maju telah menguasai banyak bekalan, dan negara miskin kini terpaksa bergantung kepada kemudahan seperti COVAX bagi mendapatkan vaksin mereka. Ketidaksamaan ini adalah satu ketidakadilan.
"Malaysia telah menjangkakan perkara ini dari awal dan memulakan perbincangan awal, termasuk bersama AstraZeneca, bagi mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk mengimunisasikan kira-kira 80 peratus populasi negara pada akhir tahun ini," katanya pada ucaptamanya menerusi aplikasi Zoom di pelancaran Pusat Inovasi Kesihatan AstraZeneca semalam.
Beliau berkata, pujian perlu diberikan kepada AstraZeneca, sebuah syarikat biofarmaseutikal kerana membuat keputusan untuk menjual vaksinya pada harga kos ketika pandemik ini, dalam memastikan ekuiti vaksin dan selain menjadi bahagian yang besar daripada bekalan vaksin COVAX.
Malaysia dijadualkan untuk mula menerima penghantaran vaksin AstraZeneca pada Mei, yang melibatkan perolehan 6.4 juga dos untuk kegunaan 3.2 juta orang.
Dalam perkara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Universiti Sunway dan AstraZeneca dalam menubuhkan Hub Inovasi Kesihatan di Malaysia yang secara strategiknya menyokong pembangunan sebuah ekosistem penjagaan kesihatan utama yang lebih baik dan juga kedudukan negara yang kuat dalam inovasi dalam dunia penjagaan kesihatan.
Hub itu merupakan sebahagian daripada AstraZeneca A. Catalyst Network dan hub ke-10 dilancarkan dalam pasaran, bersama dengan hub yang terletak di Rusia, Brazil, Argentina, India, Singapura, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), selain China, Taiwan dan Hong Kong.
Menerusi A. Catalyst Network, AstraZeneca menghasilkan solusi berasaskan cabaran bersama dan untuk pesakit, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina sistem penjagaan kesihatan bersepadu yang akan memberikan mendapat manfaat daripada kesemua pengalaman pesakit daripada pencegahan, kesedaran, dianogsis dan pengubatan kepada pasca rawatan dan kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021

Khairy berkata banyak tempat di dunia terutamanya negara berpendapatan rendah dan pertengahan berhadapan masalah untuk mendapatkan bekalan vaksin. - Foto BERNAMA

Israel bunuh lebih 150 rakyat Palestin sejak gencatan senjata Januari
Lebih 150 rakyat Palestin telah dibunuh oleh Israel sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Jan tahun ini, termasuk 40 dalam tempoh dua minggu lepas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik

Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar
Beliau menganggap pihak tidak bertanggungjawab itu hanya bijak memainkan isu perkauman berbanding membahas dasar kerajaan.

Pasukan pertahanan awam Palestin keluarkan 61 mayat di pekarangan Hospital Shifa
Proses penggalian bermula pada 13 Mac 2025 dengan pasukan berusaha mengeluarkan mayat untuk dikebumikan dengan sewajarnya.
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan tidak campur tangan keputusan badan kehakiman - PM Anwar
Bagaimanapun, perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mereka yang dilantik dalam badan itu mempunyai kewibawaan.

Tampil tema lagu raya, konsert unik 'M N46IR Cipta Raya' bertemu peminat 13 April ini
M Nasir memaklumkan dia bakal menyanyikan kira-kira 20 lagu yang sesuai dengan tema konsert itu.

LaLiga: Real Madrid ugut tak hadir perlawanan, pemain tak cukup rehat
Skuad terbaik liga Sepanyol itu dikatakan telah mengutarakan masalah berikut, namun tiada perubahan dibuat oleh penganjur.
Perkembangan sempena Kongres Kebangsaan DAP Ke-18
Ketahui siapa terpilih dan siapa tersingkir dalam Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir.

Kedah sasar hasilkan varieti benih padi sendiri - Exco
Inisiatif itu turut diharapkan dapat memastikan pesawah tidak lagi dibelenggu isu kartel serta mutu bekalan benih yang tidak berkualiti.

Angka kematian akibat letupan di Latakia, Syria meningkat kepada 10
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 14 lagi cedera pada Sabtu susulan letupan di sebuah bangunan empat tingkat di barat laut Syria.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.