KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 17 Ogos adalah 525,111 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, daripada jumlah itu 184,972 adalah penerima dos pertama.

Manakala 340,139 adalah penerima dos kedua.

Selangor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 11,000 dos bagi dos pertama dan lebih 85,000 dos kedua.

Ini diikuti Johor, dengan lebih 33,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 39,000.

Sabah juga mencatat angka memberangsangkan dengan lebih 30,000 dos pertama diberi manakala dos kedua pula melebihi 28,000.




Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 28,837,742 dos.

Secara keseluruhannya, 74.5 peratus atau kira-kira 17.44 juta penduduk negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 48.7 peratus penduduk, atau 11.4 juta penduduk sudah lengkap menerima dua dos vaksin.