ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.


1. Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya

Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia, menurut suruhanjaya negara yang mengkaji kesan sampingan vaksin itu.



2. UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi kerjasama rapat dengan American Near East Refugee Aid (Anera), mengumumkan kejayaan penghantaran 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza, yang dikhususkan kepada utara Semenanjung Gaza.


3. Fasa pertama bantuan 100 kontena ke Gaza bermula hari ini

Fasa pertama bantuan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan keseluruhan 100 kontena melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM12 juta, bermula pada Isnin.


4. Pemandu maut selepas langgar pintu pagar Rumah Putih

Sebuah kenderaan yang bergerak dengan laju melanggar sebuah pintu pagar Rumah Putih pada Sabtu malam dan pemandunya ditemukan maut, menurut Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, lapor Xinhua.


5. Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah

Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini berpeluang memasuki Raudah, salah satu tempat suci yang menjadi rebutan untuk dikunjungi semasa berada di Masjid Nabawi di sini.


6. Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar

Pusat Rawatan Madinah di bawah operasi Tabung Haji (TH) Madinah yang akan mula beroperasi hari ini (Isnin) dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan dan doktor pakar.


7. Seorang maut dalam kebakaran flat di Singapura

Seorang maut dalam kebakaran di sebuah flat di Lorong Limau pada awal pagi Isnin, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura.


8. 1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil

Lebih sejuta orang berhimpun di pantai Copacabana, di sini, untuk menyaksikan konsert percuma penyanyi tersohor dunia, Madonna pada Sabtu (4 Mei) lalu.


9. Malaysia digesa perjuangkan keterangkuman dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN

Malaysia yang sedang melakukan persiapan untuk mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, harus menyokong pendekatan yang lebih terbuka dan terangkum terhadap profesion guaman di rantau ini.


10. Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris

Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila dia menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.