KUALA LUMPUR: Seramai 20,202,624 individu atau 86.3 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.2 peratus atau 22,042,703 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,255,398 individu atau 62 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, 72.1 peratus atau 23,540,977 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 52,774 atau 1.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 329,163 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi program imunisasi COVID-19 kebangsaan (PICK) adalah 43,696,743 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.