KUALA LUMPUR: Vaksin dos tunggal CanSino, Convidecia telah mendapat kelulusan bersyarat sebagai dos penggalak daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) yang berada di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Solution Group Bhd melalui anak syarikatnya, Solution Biologics Sdn Bhd berkata PBKD telah bersetuju untuk Convidecia digunakan sebagai dos penggalak. Convidecia ialah vaksin berasaskan vektor adenovirus jenis-5.
Kelulusan itu membolehkan vaksin CanSino digunakan pada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, tiga hingga enam bulan selepas menerima dos pertama vaksin CanSino, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Nazlee Kamal berkata kajian menunjukkan bahawa vaksin dos tunggal Convidecia berkesan sebagai dos penggalak terhadap penyebaran varian COVID-19. Ia menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya lapan kali lebih tinggi meneutralkan paras antibodi, enam bulan selepas menerima dos pertama.
"Dengan kelulusan ini, kami berharap ia akan membantu meningkatkan bilangan dos penggalak yang diuruskan dalam negara untuk membendung penularan tersebut," katanya.
Kumpulan itu juga sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan NPRA untuk Convidecia digunakan sebagai dos penggalak bagi penerima vaksin utama lain seperti CoronoVac yang juga dikenali sebagai Sinovac.
Solution Biologics telah menghantar sebanyak 3.5 juta dos vaksin COVID-19 itu kepada Kementerian Kesihatan pada Disember 2021. Pengeluaran tempatan daripada kemudahan 'fill and finish' (pengisian dan pembotolan) dijangka akan bermula tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022

Vaksin dos tunggal CanSino, Convidecia telah mendapat kelulusan bersyarat sebagai dos penggalak daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) yang berada di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). - Gambar hiasan/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Vaksin Cansino diluluskan sebagai dos penggalak
Solution Group Bhd melalui anak syarikatnya, Solution Biologics Sdn Bhd berkata PBKD telah bersetuju untuk Convidecia digunakan sebagai dos penggalak.