Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah menyasarkan kedudukan antara 300 universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings (WUR) menjelang 2020, selaras dengan Pelan Strategik UUM Fasa II (2016-2020).
UUM dalam kenyataannya di sini menyatakan universiti itu mahu menjadi satu-satunya universiti tempatan bukan komprehensif dan bukan penyelidikan yang berada dalam kelompok 2.7 peratus universiti tersenarai dalam QS World University Rankings 2018 daripada 26,000 universiti di dunia.
"Tanpa memiliki bidang-bidang sains, perubatan, kejuruteraan dan teknologi dan hanya bersandarkan kepada bidang sains sosial dan pengurusan, UUM berjaya meningkatkan kedudukannya dalam QSWUR 2018 ke tangga 729, meningkat 10 anak tangga berbanding 739 sebelumnya, sekali gus berada di kedudukan 701-750 terbaik dunia," menurut kenyataan itu.
QS World University Rankings merupakan senarai kedudukan tahunan universiti-universiti terbaik dunia. Sebanyak sembilan universiti tempatan tersenarai dalam QS senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan pada 8 Jun lepas.
Daripada jumlah itu, lima universiti penyelidikan di negara ini meningkat dan berada dalam senarai 300 universiti terbaik di dunia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Empat lagi universiti tempatan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UUM pula berada dalam ranking 1,000 universiti terbaik dunia.
Tahun ini, sebanyak 4,854 institusi dipertimbang untuk disenaraikan dan sebanyak 959 institusi daripada 84 negara berjaya disenarai yang meningkat sebanyak 43 universiti berbanding tahun sebelumnya.
"Universiti-universiti ini disenaraikan berdasar enam petunjuk iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, sitasi setiap fakulti, pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa," kata kenyataan UUM itu.
Bagi edisi 2018, lebih 75,000 akademia dan 40,000 majikan di seluruh dunia terlibat dalam kaji selidik global yang dijalankan oleh QS. Sebanyak 12.3 juta artikel dan 71.5 juta sitasi dianalisis bagi mengukur kecemerlangan sesebuah universiti dalam penyelidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2017
![UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020 UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478958265_UUMGneric.jpg)
UUM mahu menjadi satu-satunya universiti tempatan bukan komprehensif dan bukan penyelidikan yang berada dalam kelompok 2.7 peratus universiti tersenarai dalam QS World University Rankings 2018.
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020 UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478958265_UUMGneric.jpg)
UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020
UUM Sintok, Kedah menyasarkan kedudukan antara 300 universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings (WUR) menjelang 2020.