KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang menjadi universiti pertama di negara ini menubuhkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI), optimis berupaya memperkasa teknologi AI dengan keupayaan kepakaran sedia ada sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir.
Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ahmad Fauzi Ismail berkata bagi memastikan teknologi AI dipacu lebih pantas sekali gus membolehkan Malaysia bersaing dengan negara maju, inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia (MAIC) turut diperkenal.
"Fakulti AI UTM telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang bertujuan melatih bakat AI dengan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam bidang AI dan robotik dengan fokus untuk menarik pelabur dan industri tempatan. Kurikulum yang dibangunkan selaras dengan keperluan industri melibatkan pakar-pakar dalam bidang AI.
"Bagi memacu AI lebih pantas, kita cadangkan kepada kementerian untuk mengadakan MAIC maknanya bekerjasama dengan universiti lain yang pakar dalam bidang masing-masing, sebagai contoh Universiti Putra Malaysia dalam bidang pertanian, begitu juga dengan bidang perubatan, kita kenal pasti universiti mana yang pakar," katanya kepada Bernama semalam.
Beliau berkata MAIC menekankan projek penyelidikan bersama, perkongsian data, repositori kod, bengkel, seminar dan inisiatif pendidikan sambil menitikberatkan amalan etika AI seperti keadilan, ketelusan, perlindungan privasi serta akauntabiliti.
"Objektif strategik utamanya ialah menyatukan ekosistem AI Malaysia, memupuk inovasi, mempromosikan pembangunan dan pelaksanaan teknologi AI yang bertanggungjawab.
"Konsortium ini mendapat dana daripada geran kerajaan, penaja industri, yuran keahlian dan sumber lain dengan matlamat kelestarian, perkongsian strategik, pembinaan kapasiti, harta intelek dan penglibatan komuniti," katanya.
Mengulas mengenai Fakulti AI UTM, Ahmad Fauzi berkata Program Ijazah Sarjana Muda AI yang mendapat kelulusan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi pada Januari lepas itu akan dimulakan dengan kohort pertama pelajar pada Oktober ini.
Beliau berkata tempoh program akademik Ijazah Sarjana Muda AI ialah tiga tahun dan mempunyai tiga semester setahun serta 121 kredit untuk pelajar bergraduan.
"Strategi program akademik ini ialah 'Industry-Infused' iaitu penglibatan industri yang lebih jelas dalam memastikan relevansi program dengan keperluan industri bagi melahirkan tenaga kerja berkualiti dalam bidang AI dan pelbagai bidang yang mengaplikasikan AI seperti pertahanan, pendidikan dan kesihatan.
"Kita jangka pengambilan pertama kita sekitar 120 orang pada Oktober ini namun sekiranya permintaan tinggi, kita akan rujuk kepada kementerian untuk menambah kuota pengambilan," katanya.
Mengulas hala tuju bagi menggerakkan Fakulti AI dan MAIC, Ahmad Fauzi berkata program akademik dan aktiviti penyelidikan di fakulti itu akan kekal berorientasikan industri selaras dengan keperluan dan trend semasa industri AI serta robotik.
"Selain itu, kerjasama industri-akademik tempatan dan antarabangsa juga akan diperkukuh untuk peluang latihan industri, projek penyelidikan bersama dan penempatan pelajar selain pengembangan rangkaian antarabangsa.
"Pengembangan kemahiran dan latihan dengan menyediakan peluang pembangunan kemahiran dan latihan yang berterusan bagi staf akademik, penyelidik dan pelajar dalam Fakulti AI ini termasuk menyokong program latihan industri, kerja kursus dan penyelidikan berterusan untuk memastikan mereka sentiasa relevan dengan perkembangan terkini dalam bidang kecerdasan buatan," katanya.
Beliau juga berkata dalam usaha memastikan Fakulti AI dan MAIC menjadi pemacu bagi memajukan penyelidikan, pendidikan dan pengaplikasian AI, antara mekanisme yang boleh dilaksana ialah menerajui projek penyelidikan bersama dan interdisiplin, memimpin pembentukan pasukan penyelidikan selain menyemarak bengkel dan seminar bagi pertukaran pengetahuan.
Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan Fakulti AI UTM, MAIC dan Hala Tuju Bakat AI Malaysia 2024-2030 sempena program Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Ahmad Fauzi ditemu bual mengenai peluncuran Fakulti AI dan MAIC sempena Majlis Peluncuran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, 10 Mei 2024. --fotoBERNAMA

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

KEB setahun: Pemetaan kluster, 3P pemacu agenda perkasa bumiputera - Pakar
Agenda pemerkasaan bumiputera perlu berteraskan tumpuan terhadap aspek pemetaan kluster dan penguasaan sektor strategik bagi memastikan kehadiran golongan itu di setiap peringkat.

Meta rancang perkenal aplikasi khusus untuk Meta AI, termasuk pelan langganan
Meta merancang memperkenalkan aplikasi khusus Meta AI pada suku kedua 2025.

Kementerian Digital lancar garis panduan pengadaptasian kecerdasan buatan di sektor awam
Kementerian Digital hari ini melancarkan Garis Panduan Pengadaptasian AI di Sektor Awam sebagai inisiatif utama untuk memudahkan agensi sektor awam mengadaptasi teknologi AI dengan bertanggungjawab.

Pembantu maya Alexa+ dilancar, diperkasa kecerdasan buatan
Perkhidmatan baharu Alexa boleh berinteraksi dengan pengguna sama seperti ChatGPT dan Gemini.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.