Bagi menyemai semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kursus Kepimpinan Sukarelawan Kebangsaan Zon Selatan bagi tahun 2017 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Disember lalu.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Asri Selamat, kursus yang diuruskan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM dengan kerjasama pihak Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) ini melibatkan penyertaan 100 peserta dari seluruh IPT di Malaysia.
Tambahnya, objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi mendekatkan para sukarelawan IPT dengan masyarakat luar sekali gus mewujudkan nilai-nilai University-Community Engagement (UCE) dan hubungan baik di antara universiti dan penduduk setempat.
"Apa yang menarik dalam kursus ini ialah di samping dimotivasikan dengan semangat kesukarelawanan, para peserta turut melakukan aktiviti amal seperti 'Buy & Donate' yang mana hasil kutipan aktiviti tersebut terus disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan yang dipilih dan juga mangsa banjir," katanya.
Sementara itu, peserta kursus Hazim Halim pula menjelaskan program ini dapat mendedahkan dirinya berkaitan kerja-kerja kesukarelawanan dengan lebih mendalam selain mampu melatih peserta untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan masyarakat.
Baginya seorang sukarelawan itu bukan hanya dapat menyumbang daripada segi tenaga dan wang ringgit tetapi mereka juga boleh menggunakan apa sahaja kaedah yang ada untuk membuat amal kebajikan.
_________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Nurul Atiqah Rohaizar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan disunting oleh Suriayati Baharom.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**Awani Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Awani Rangers UTHM
Sun Dec 31 2017

Kursus ini sebagai pendekatan penting dalam meningkatkan semangat sukarelawan. -Foto AWANI Rangers UTHM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi

Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.

Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan

Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.

Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan

Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.

Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.

Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini

Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau

UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan