Mendepani tahun 2019, Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mengorak langkah mencipta kecemerlangan dan dinamik dalam merealisasikan visi UMP menjadi Universiti Teknologi Terunggul.
Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan menjadi tema Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang baru-baru ini.
Lebih 5,000 orang terdiri daripada warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) hadir untuk mendengar Amanat Tahunan 2019 oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato Sri Dr Daing Nasir Ibrahim.
Dalam meraikan kejayaan Prof. Dato Sri Dr. Daing Nasir berkata, UMP adalah universiti pertama dalam kalangan universiti teknikal (MTUN) berjaya berada pada kedudukan 188 terbaik di Asia dalam QS University Ranking Asia: 2019.
Universiti juga memperoleh penilaian lima bintang untuk kriteria Pengajaran dan Pembelajaran dalam Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating 2018 selain tersenarai subjek Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di universiti ini berada dalam kelompok 251-300 terbaik dunia.
Turut dibuktikan dengan pencapaian lima bintang dalam semua aspek penarafan termasuk Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA), Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA), Penarafan Pengumpulan Data Kementerian Pendidikan (MyMohes) dan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara.
Dalam pada itu, menurut Prof. Dato Sri Dr. Daing Nasir, UMP akan terus memperkasa kerjasama dengan indusri melalui pertukaran pengetahuan, pembangunan penyelidikan, aktiviti perundingan, latihan dan pengkomersialan dalam memenuhi kehendak industri.
“Usaha berterusan UMP dalam memperkasa jaringan industri dan hubungan alumni melalui platform Industry Network Alumni Platform (INAP) turut menjadi keutamaan. INAP merupakan sebuah inisiatif yang dicetuskan secara kolektif antara Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat serta Persatuan Alumni UMP dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni sebagai platform buat alumni Universiti ini yang berkhidmat di sektor awam dan swasta untuk membina hubungan (networking), berinteraksi dan memberi sumbangsaran atas kapasiti profesional mereka sebagai eksekutif, teknokrat, usahawan, akademia dan sebagainya,” katanya.
Manakala bagi menyuburi bidang keusahawanan, UMP juga akan memberi tumpuan terhadap Industri Kecil Sederhana (IKS) dan memulakan program Teknousahawan yang unik serta membangunkan International Incubator Network.
Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memperkasa ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pula, UMP bakal menawarkan enam program baharu Sarjana Muda Teknologi berkaitan kejuruteraan yang mensasarkan lepasan kolej vokasional, politeknik dan institusi latihan kemahiran lain mulai tahun ini.
Bertepatan dengan tema menjana kegemilangan, UMP akan terus memfokuskan lima lonjakan strategik iaitu Keunggulan Akademik, Kelestarian Kewangan, Keunggulan Penyelidikan dan Inovasi, Keunggulan Jenama dan Kemampanan Sosio- Ekonomi dan Persekitaran.
UMP akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif berdasarkan lima bidang tujahan berkaitan Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Automotif, Bioteknologi Industri, Kimia Halus dan khusus dan Kejuruteraan Pembuatan yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini.
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers Universiti Malaysia Pahang (UMP)
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***AwaniRangers UMP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang
AWANI Rangers UMP
Tue Feb 26 2019
UMP akan terus memperkasa kerjasama dengan indusri melalui pertukaran pengetahuan, pembangunan penyelidikan, aktiviti perundingan, latihan dan pengkomersialan dalam memenuhi kehendak industri - Foto AWANI Rangers UMP
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU: Mangsa dalam keadaan stabil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan