KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membentangkan usul bagi menerima penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah daripada Kerajaan Persekutuan pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) yang akan diadakan pada 10 Jan ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu telah lama diperjuangkan pemimpin di negeri ini dan langkah itu dilihat signifikan dalam merealisasi tuntuan Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana inilah kita perjuangkan untuk memastikan bahawa hak kita dalam MA63 dapat ditunaikan. Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri telah menunjukkan kesediaan untuk menyerahkan hak kita iaitu kepada Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Krismas Parti Bersatu Sabah (PBS) yang turut dihadiri Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Likas di sini semalam.
Pada 21 Dis lepas, Hajiji berkata Persidangan DUN Sabah akan diadakan bagi meluluskan dan mewartakan Rang Undang-Undang Negeri Sabah bagi bekalan gas.
Hajiji berkata Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Terdahulu pada hari sama, Anwar mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk menghormati MA63.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Hajiji berkata Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat di Sabah berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Niaga AWANI: EU bakal undi cadangan penambahan tarif EV China
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dijangka akan mengundi pada Jumaat mengenai cadangan penambahan tarif tambahan terhadap kenderaan elektrik berkuasa bateri yang diimport dari China.
Niaga AWANI: Kerajaan mampu kawal fiskal tanpa jejas kebajikan rakyat - Pakar Ekonomi
Felo Penyelidik Bersekutu, ECOFI, Prof. Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin menegaskan bahawa kerajaan perlu mengutamakan kebajikan rakyat berbanding terlalu fokus mengurangkan defisit fiskal. Beliau menekankan pentingnya keseimbangan antara pengukuhan kedudukan fiskal dan menjaga kesejahteraan rakyat dalam situasi ekonomi semasa.
Niaga AWANI: Dasar fiskal pasca pandemik pengaruhi perbelanjaan kesihatan isi rumah
Perubahan dasar fiskal pasca pandemik mencerminkan langkah kerajaan yang lebih berhati-hati dalam pengurusan ekonomi. Datuk Dr. Madeline Berma menegaskan, kerajaan kini memberi tumpuan kepada perbelanjaan bersasar kepada mereka yang paling memerlukan, walaupun ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan yang sebelum ini menerima bantuan.
Niaga AWANI: Jalin kerjasama percepat kemasukan pemula niaga Korea
Iskandar Investment Bhd (IIB) menjalin kerjasama dengan KILSA Global untuk mempercepatkan kemasukan syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Korea Selatan ke Asia Tenggara.
Niaga AWANI: Realisasi pelaburan berjumlah RM3.1 bilion di Terengganu
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) merealisasikan pelaburan berjumlah RM3.1 bilion di Terengganu, 98 peratus daripadanya adalah dalam sektor pembuatan dan bakinya dalam sektor pelancongan.
Niaga AWANI: Konflik Asia Barat: Harga minyak melonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
Niaga AWANI: Malaysia-Pakistan: Peluang besar yang selama ini tidak diteroka kini terbuka
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan lawatan negara tiga hari ke Pakistan sebagai membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Peranti haram buka laluan mudah untuk penjenayah siber
Peranti haram tidak tertakluk kepada standard keselamatan yang ketat, yang selama ini melindungi pengguna platfrom yang sah.
Usul terima penyerahan kawal selia gas Sabah dibentang Sidang DUN 10 Jan - Hajiji
Hajiji berkata perkara itu telah lama diperjuangkan dan langkah itu dilihat signifikan dalam merealisasi tuntuan Sabah berdasarkan MA63.