Pergerakan Wanita UMNO akan mencadangkan usul pindaan perlembagaan untuk mengangkat jawatan ketua pergerakan sayap itu kepada Timbalan Presiden parti dalam mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 esok.
Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad memberitahu, usul itu akan dibawa ke dalam mesyuarat dan seterusnya dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat di bawah usul pindaan perlembagaan.
“Satu lagi adalah menaik taraf status Wanita UMNO daripada Naib Presiden ke Timbalan Presiden. Ini adalah The New Deal yang dibawa oleh parti dan memberi pemerkasaan kepada Wanita UMNO,” katanya pada Khamis.
Noraini berkata demikian pada sidang media selepas memberi ucapan dasar Pergerakan Wanita UMNO pada PAU, di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Menurut beliau, cadangan itu telah lama dibuat dan kini sudah tiba masanya Wanita UMNO diangkat ke peringkat yang lebih tinggi selepas menerima pengikirafan sebagai tulang belakang parti.
“Kalau ikut keahlian UMNO, kita yang paling ramai iaitu 1.2 juta orang. Pemerkasaan wanita di dalam parti ini itu yang saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada presiden parti dan kepimpinan parti.
“Timbalan Presiden yang memberi kepercayaan untuk wanita membawa idea dan membawa usul supaya jawatan ketua wanita itu setaraf dengan timbalan presiden,” katanya.
Noraini juga berharap agar usul itu akan dipersetujui di peringkat akar umbi.
Sahlizah Mohamed
Thu Dec 05 2019

Pergerakan Wanita UMNO akan mencadangkan usul pindaan perlembagaan untuk mengangkat jawatan ketua pergerakan sayap itu kepada Timbalan Presiden parti dalam mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.

Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.

Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.

Ringkasan fakta: Siapa Donald Trump?
Perjalanan politik Donald Trump penuh warna-warni dan pada 20 Januari 2025, beliau akan kembali semula ke White House.

Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".

Duma Boko diisytihar Presiden ke-6 Botswana
Duma Boko, calon presiden daripada parti Payung Perubahan Demokratik (UDC), diisytiharkan sebagai presiden keenam Botswana.

Uruguay adakan pilihan raya presiden dan parlimen
Yamandu Orsi daripada pakatan sayap kiri Frente Amplio mendahului pesaingnya Alvaro Delgado daripada parti pemerintah konservatif, Partido Nacional.

Kamala Harris dedah laporan kesihatan untuk cabar Trump
Keadaan kesihatan Harris sangat baik dan beliau mempunyai ketahanan fizikal serta mental yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai presiden.