Pendakwah bebas terkenal Datuk Mohd Kazim Elias tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah sepanjang Januari tahun depan untuk berehat kerana masalah kesihatan.
"Saya akan menghabiskan kontrak (sedia ada) dengan syarikat televisyen dan jadual ceramah yang telah disusun sehingga akhir Disember tahun ini," katanya dalam ceramah perdana di Padang Awam Taman Kaya di sini malam tadi.
Ceramah itu diadakan sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak bagi Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang bermula semalam sehingga Sabtu ini.
Lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim, katanya selain ceramah jemputan, beliau turut mengadakan ceramah pada Sabtu dan Ahad di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi.
"Saya berjumpa antara 200,000 hingga 350,000 orang ramai dalam sebulan menerusi ceramah yang diadakan.
"Kalau saya berehat saya berbangga kerana berjaya mendidik anak murid khatam 30 juzuk al-Quran dan melahirkan ramai pendakwah," katanya yang menjadi penceramah sejak 25 tahun lalu.
Awal bulan ini Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini kerana ulser dan pendarahan usus. -- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2016
MOHD KAZIM: Saya akan menghabiskan kontrak (sedia ada) dengan syarikat televisyen dan jadual ceramah yang telah disusun sehingga akhir Disember tahun ini. -Gambar fail
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Tahap kesihatan Pesuruhjaya Pas Perlis tunjuk perkembangan positif
Ketua Penerangan PAS Perlis Dr Saifizi Saidon berkata sejak semalam, Mohd Shukri sudah mampu membuka mata serta menggerakkan tangannya, manakala tekanan darahnya semakin stabil.