Penceramah Popular, Datuk Kazim Ilias dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada.
Kazim dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok, malam ini.
Majlis ceramah perdana bertajuk 'Jihad Agro Makanan Negara' itu bermula jam 9.30 malam.
Sementara itu Bernama melaporkan Ustaz Kazim mengadu penat sebelum kejadian.
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Mohd Anuar Musardar Yusoff berkata Ustaz Kazim ketika itu baharu memulakan ceramah selama 10 minit sebelum meminta maaf di hadapan kira-kira 2,000 penonton selepas berasa tidak sihat.
"Ustaz Kazim kemudian terus dibawa ke Klinik Kesihatan Jelawat untuk menerima rawatan awal sebelum dipindahkan ke HUSM Kubang kerian bagi menerima rawatan lanjut.
"Setakat ini Mohd Kazim berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Unit Kecemasan HUSM Kubang Kerian. Kami harap beliau kembali pulih," katanya.
Astro Awani
Fri Feb 19 2016
Kazim dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Bachok.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
AWANI Pagi: Kenali Melayu Cocos
Sebut sahaja Melayu Cocos mungkin ramai yang membayangkan Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling), Australia, lokasi di mana sebahagian besar komuniti ini berada.
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Angka korban Taufan Helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Sekurang-kurangnya 204 orang disahkan maut di enam negeri akibat Taufan Helene sejak ia melanda Florida seminggu lalu.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
Ustaz Kazim perlu berehat tiga bulan
Beliau yang menjalani dua prosedur angiogram petang kelmarin kini sedang menjalani proses pemulihan dan semakin stabil.
Ustaz Kazim masih dirawat, perlukan rehat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang meluangkan masa melawat Kazim siang tadi memaklumkan penceramah bebas mengalami keletihan dan ingin berehat.
Ustaz Kazim dalam keadaan stabil - HUSM
Penceramah popular, Datuk Kazim Ilias yang dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian semalam kini masih dirawat di hospital itu.
Ustaz Kazim dikejar ke hospital selepas mengadu sakit dada
Datuk Kazim Ilias dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada.