Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Kumpulan Penyelidik, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), menghasilkan Aplikasi Al-Quran Isyarat yang pertama seumpamanya, bagi komuniti orang kelainan upaya (OKU pendengaran di Malaysia.
Aplikasi yang menyokong peranti android ini juga, mampu menjadi model aplikasi mesra OKU pendengaran di peringkat antarabangsa.
Ketua Projek Norakyairee Mohd Raus berkata inovasi terkini ini dicipta, bagi meraikan kekuatan visual komuniti pekak, dengan elemen kedudukan dan teks ayat serta kod Hijaiyyah Arab, terjemahan rumi yang mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.
"Terjemahan tafsir mesra OKU pekak ini juga dikombinasikan dengan bantuan jurubahasa isyarat. Kini, sebanyak 11 surah telah siap dibangunkan dan masih memerlukan dana bagi 103 surah yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Projek Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sempena penganjuran Karnival Rahmah 2019 (KR19) di Dataran Putrajaya pada 27 Sept lepas.
Norakyairee berkata, aplikasi ini mensasarkan keseluruhan Al-Quran dengan pendekatan wakaf tunai RM1,000 bagi setiap halaman dan pembangunan keseluruhan 30 juz Al-Quran berjumlah RM604,000, manakala kos perkhidmatan dan latihan berjumlah RM396,000.
Tambahnya projek wakaf tunai telah dilaksanakan bagi menjayakan inovasi ini, serta turut mendapat kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat USIM, Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) dan Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH) serta Cyber Security and System Centre (CSS) USIM.
Katanya usaha ini adalah selaras dengan hasrat USIM sebagai kampus barakah, dalam menerajui konsep universiti untuk komuniti berasaskan pendekatan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
Pada majlis pelancaran aplikasi itu juga, Mujahid turut menyerahkan mock cheque berjumlah RM100,000 dari Yayasan Taqwa sebagai dana awal pembangunan Projek Wakaf Aplikasi Al-Quran Isyarat bagi OKU pendengaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019

Aplikasi Al-Quran Isyarat mensasarkan keseluruhan Al-Quran dengan pendekatan wakaf tunai RM1,000 bagi setiap halaman dan pembangunan keseluruhan 30 juz Al-Quran berjumlah RM604,000. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

USIM hasilkan aplikasi al-Quran Isyarat untuk OKU pendengaran
Aplikasi yang menyokong peranti android ini juga, mampu menjadi model aplikasi mesra OKU pendengaran di peringkat antarabangsa.