KUALA LUMPUR : Yayasan Pembangunan Usahawan Sentral Malaysia (USEM) memperuntukkan sehingga RM1 juta untuk membantu usahawan kecil di seluruh negara dengan memberikan Suntikan Modal Permulaan kepada mereka.
Pengerusinya, Datuk Zaidi Che Mat berkata, suntikan modal yang dinamakan Dana Usahawan Sentral (DAUS) itu dibahagikan kepada beberapa peringkat bermula dengan RM10,000 hingga RM100,000.
Menurutnya, ia termasuklah sokongan untuk penyata kewangan, sokongan untuk jaminan masa depan usahawan, membentuk komuniti usahawan dan pengurusan usahawan menggunakan teknologi.
“DAUS adalah inisiatif usahasama dengan usahawan di mana ia menyediakan Suntikan Modal Permulaan RM10,000 kepada usahawan dan mereka menggunakannya untuk perniagaan masing masing.
“Usahawan dapat Suntikan Modal Permulaan RM10,000 dan bayaran balik pun RM10,000, mengikut tempoh yang ditetapkan berdasarkan kertas kerja masing masing.
“Tiada sebarang faedah dikenakan. Ini adalah antara kaedah yang digunakan oleh DAUS untuk membangunkan usahawan melalui suntikan modal,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, program yang bermula pada Mac 2018 itu masih lagi berjalan meskipun negara kini sedang berdepan dengan ancaman COVID-19.
“Suntikan modal permulaan DAUS sebanyak RM10,000 yang pertama diagihkan pada April 2019 kepada usahawan yang mengusahakan spa bergerak beroperasi dari rumah.
“Walaupun PKP, suntikan modal DAUS masih berjalan seperti biasa. Tahun ini sasaran DAUS adalah untuk mengagihkan sebanyak RM1 juta kepada usahawan dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak,” ujarnya.
Terbaru, lima usahawan dari Kedah merupakan penerima sumbangan tersebut melibatkan peniaga nasi lemak, kedai jahitan hiasan dalaman dan pakaian, peniaga secara vendor barangan berasaskan kekabu, kedai masakan panas dan pengeluar minuman berasaskan kopi.
Astro Awani
Fri Mar 26 2021
Lima usahawan dari Kedah merupakan penerima sumbangan tersebut yang diberikan untuk membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka. - Gambar USEM
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dijangka dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
Kementerian Perpaduan Negara komited jadikan muzium platform integrasi kaum
Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited dalam menjadikan muzium sebagai platform integrasi kaum selaras fungsinya sebagai 'guardian of heritage'.
Penjaja, peniaga kecil disaran carum Perkeso
Penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara disaran mencarum dalam Perkeso bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sekiranya berlaku sebarang kemalangan ketika bekerja.
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
PM Anwar arah KUSKOP perbanyak program berkaitan komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), untuk menyelaras dan memperbanyak program berkaitan komuniti India.
Kerajaan salur pembiayaan RM6.35 bilion kepada lebih 260,000 usahawan setakat September 2024 - KUSKOP
Kerajaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.35 billion pembiayaan kepada 265,097 usahawan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat September tahun ini.
Kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi - Mohd Na'im
Jumlah kutipan fi persijilan halal menunjukkan peningkatan setiap tahun, sekali gus menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi.
Karnival Deepavali pacu ekonomi tempatan, berpotensi jadi tarikan tahunan - Dr Zaliha
Acara itu juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang keunikan dan kepelbagaian budaya tempatan.