Beliau berkata bagi tujuan itu, Timbalan Menteri KUSKOP Datuk Seri R Ramanan dipertanggungjawabkan untuk menyelia, bagi memastikan antara lain peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk komuniti itu mencapai matlamat.
Anwar berkata perkara itu diputuskan dalam pertemuan beliau bersama pengurusan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan beberapa Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat India, bagi membincangkan pandangan idea untuk terus memperkasakan komuniti India.
"Saya tegaskan pendirian kerajaan untuk terus memperhebat inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini, khususnya menerusi MITRA.
Ini termasuklah menerusi peruntukan yang telah saya umumkan dalam Belanjawan 2025 untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Beliau berkata dengan iltizam kerajaan serta sokongan semua pihak khususnya daripada pimpinan masyarakat India, ia diharap akan terus memperkukuh MITRA dan merealisasikan hasrat untuk memartabatkan masyarakat India di negara ini.
Menerusi Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM130 juta untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.
-- BERNAMA